Wednesday, May 22, 2013

Tupai nama ku

Namanya Squirrel tapi dia bukan squirrel...or  tupai as in BM.
Tak ada nama lain ke mama ? Anak anak bertanya.

galak mata ku


He he boleh saja panggil dia Peter ke,Awang ke sbb dia jantan .Tapi dah melekat nama Squirrel dan dia pun dah respon baik punya kalau di panggil

SQUIeeeeeeeeeeeeeeREL 

Elok benar lah sebab ekor dia sekali pandang macam ekor tupai.Long,big fat and bushy.

panjang ekor ku

Sebelum ni mama langsung tak beri perhatian pada dia.Maka membesarlah dia bergelendangan dibelakang rumah.Tapi dia rajin menonjolkan diri.Without fail every morning pintu depan disondol selagi mampu.Selagi tidak dibuka,miau dia panjang mendayu dayu.Merayu ray.Minta makan.

In the end ....others are history.
Dia jadi kesayangan mama.Faham bila di suruh boom....dia menghempas badan kelantai .Seperti bayi dia berbaring disisi sama sama menonton tv.Galak matanya melayan skrin apalagi kalau doku tentang haiwan berbunyi.
Tangannya adakala merayap ke pipi seperti mahu membelai,memberitahu mama jangan sedih...enjoy life while you can.Watching tv is enjoyment too...tak perlu duit berkoyan.

Nak tahu,bukan mama saja yang sayang dia...infact everbody in the family.Ninasandaq pun amat menyayanginya.Cuma dia amat takut dekat cikli.Dengar suara pun dia dah cabut lari.

SQUIeeeeeeeeeeeeeerallllllllllllll....where are you?
Tidur bawah katil rupanya dia.Penatlah tu sbb semalam puas merambu....

galak lagak ku.








 

No comments:

Post a Comment