Friday, April 19, 2013

Jade ....kau pergi jua.

Tanggal 19.4.2013
Dia yang ku sayang pergi untuk selamanya.Luruh hatiku melihat dia disaat saat akhirnya.

Jade kucing tertua di no.7...antara anak anak kakiempat berekor yang memenangi hati makcik.Dia kucing biasa biasa.Tidak gebu dan tidak juga comel .Tiada nama gah dihujung namanya.Yang nilainya mencecah ribuan ringgit.

Dalam biasa biasa saja, dia kucing luar biasa dimata kami.Pandai mengambil hati,patuh dan tidak mengada ngada.Dia kucing yang dihantar kepada kami secara luar biasa.Masih ku ingat meownya yang nyaring dari bawah bahagian enjin kereta Kembara ku.Rupanya dia menumpang cikli ke rumah ini dari masjid berdekatan


.Dan kami mengambilnya sebagai anak angkat dengan senang hati walau dia cacat.
Jade buta sebelah mata....rabun tentunya.

Semalam dia masih gagah masuk kedalam rumah.Selalunya dia merenung cikli minta dihulur ikan sedikit.Tapi semalam dia beralih arah.Dia merenung makcik dengan matanya yang cacat.
Awat tengok mama macam tu....nak apa....sebab masa tu makcik sedang mengunyah kuaci.
Nak ikan ya?  Dia mengekori makcik kedapur.
Hmm semalam tiada ikan goreng nak dihulur sbb kami makan diluar.
Nah ...makcik hulur ikan dalm tin secamca dua sambil buka pintu belakang.
Dan itulah kali terakhir mamajade boleh berjalan.

Paginya makcik membuka pintu belakang untuk memberi mereka makan.And a stiff lifeless body of a living creature that I love deeply greeted me.....my Jade.

RIP darling Jade....mama love you deeply.
So do cikli and pakmok.
And without doubts your two legged brother and sisters.




15 comments:

  1. I cant stop the tears from flowing reading this.

    He is more than a cat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mum too......Abah dgn mama asyik nangis ingat kat dia...another loss after nan,dello,cik ah...

      Delete
    2. Sabar, apa pun tiada yg kekal, mmg sedih, tp itu semua ketentuan Allah swt. setiap yg bernyawa pasti skan menemui ajalnya.

      Delete
  2. Replies
    1. Eksiden.Dia juga dah tua..kesian sangat

      Delete
  3. Replies
    1. IM,
      Tak terkata...ditambah dgn segala macam dugaan..lagi la .

      Delete
  4. Rest in peace Jade....purrr...meow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. CFS
      Mama sure she is. A good cat ,lovable,adorable..

      Delete
  5. Moga Jade bahagia di sana spt Jade bahagia di sini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhaini,
      Stuju sangat...she is one great creature

      Delete
  6. Cikgu
    Bela kucing mmg seronok
    Tp
    Bila depa meninggalkan kita
    Terobek juga hati kita
    Terasa sedih tak terkata hendak2 pulak yg mmg manja dgn kita..
    Dah tak sanggup nk alami lagi
    Dah kurang ada kucing kesayangan sbb jika mati kita kurang sikit sedihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      Lepas Jade,Ninasandaq dgn Squirrel saja yang ada.tapi depa dua ni tak berapa friendly,

      Delete