Tuesday, March 26, 2013

Lauk haghi ni.



Panas .Memang panas sunggoh sunggoh sampai banyak yang sakit mulut,sakit perut.
Selera makan pun dah ke laut
Gulai,sambal tumis tak payah sebut

 So tghhari ni makcik masak simple simple saja.
Ikan masak kicap masin ada,masam manis pun juga.
 Sayur lemak tauhu sawi cina sebelanga
 Goreng ikan sepinggan dan air asam pelancar selera.

masak kicap ikan

masak lemak sawi cina

air asam tomato

ikan goreng


Itulah saja lauk kami
Tak ada daging .Ayam jauh sekali
Tadi,nak tangkap gambar,cikli tak sabar
Sebab dia terasa tersangat lapar.

Hmmm bolehlah....kata dia memberi pendapat.
Hasil kerja makcik sampai letih tak ingat.
Kot ya pun katalah >>>Its my delight....
Barulah makcik bersemangat
Nak masak jagung buat pengat!

Updated : managed to snap pic of the food..yeeha  ..
.Akak ...permintaan gambar telah mamason tunaikan...jemput makan



5 comments:

  1. yg simple tu yg sedap.saya dah berbelas tahun makan mcm tu saja, sayoq ayaq, ikan goreng, smbal belacan.daging jrg sntuh,ayam pun sama...saya amalkan makan macam tok saya dulu..mudah2an jauh dri drah tinggi,dan sewaktu dgnnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terbukti kan...tuan punya badan remain slim dan awet muda.

      Delete
  2. Alaaaa
    Cikgu...
    Ingatkan nak mengendeng lauk cikgu
    Jarang cikgu letak gambar lauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terina kaseh cikgu
      Dpt idea nak masak nanti

      Delete
    2. Akak,
      Panas macamni kdg kdg susah nak masak..bila jengok dan BW baru dapat ilham.

      Delete