Thursday, March 14, 2013

Bila belanga berbunyi.... mee goren soton basah

Makcik masak bukan kerana nama
Makcik masak kerana selera
Dah tak lalu nak makan apa
Yang ditapau,dibungkus disterofom setiap masa.

Bila berdua sahaja yang ada
Nak masak malas pun menjelma



Tapi ... satu hari teringin nak makan mee goreng la pula
Hasil tangan makcik sendiri bukan beli punya....

Jadinya...satu pagi satu ketika
Makcik rike apa yang ada

Segenggam tak sampai udang kering entah bila tapi masih udang kering namanya dan baunya
Sepeket mee basah yang dibeli dari Tsssssco dekat AS sana
Sotong basah yang tinggal janggut sbb yang lain dah kena baham adanya ( sotong yong tau foo)
Sayur kobis ,elok molek sbb dia tahan lama.
Sedikit carrot  yang makcik hiris panjang panjang semua.
Telor cukup sebiji saja.

OK....sos yang diadun dalam ramuannya yang mesti ada selalu
Cili blended yang sentiasa makcik buat simpan dalam freezer sampai beku
Sos tiram,serbuk lada ,kicap ,gula tak boleh miss kalu

The result was......mee goreng silat resepi ciptaan ku
Kalau dah makan tentu nak tambah lagi satu

mee goreng sotong tak ada gambarlah pula


*Sssssssssssh...ini rahsia
Udang kering grind bagi lumat
Telor dipukul ,dimasuk masa cili dan ramuan sos dah hilang bau.Masuk sotong.
Lepas tu baru masuk mee...sebatikan..then baru masuk sayur.


Hari ini hanya ini saja jadi santapan pagi.Kesian kan kami





3 comments:

  1. AsSalam Mamason,

    hehehehe geram lah nengok mee goreng soton tu, utk berbuka puasa sedap juga..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Mualaikusalam Nani
    makan panas panas dengan cili hijau jeruk lagi sedap.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Mamason,

      Dah lama tak buat cili jeruk, selalu ada ajer dlm peti sejuk, memang sedap. Ehhhh..kena buatlah hujung minggu ni..hik3x

      Delete