Saturday, March 2, 2013

antara Lahad Datu,Baling dan Kulim.

Lahad Datu...tempat paling diperkatakan dalam Malaysia malah dunia masa ini.

Makcik tak pernah kesana...maupun ke Sabah.Tapi ada juga beberapa kawan dari Sabah.Florina Siambun semasa berkursus jauh dari tanah air seorang darinya.

Semalam on tv 3 ,anak kecil ditanya apa terjadi pada ayahnya.
Sianak denagn jujur menjawab...ayah dalam kubur..kena bom.katanya
Tersentuh hati   mendengar ....diri terasa niba.
Mana lah dia tahu apa apa

Lepas itu,on tv berapa entah makcik terdengar cerita ....kisah Chin Peng dan komunis
Bagi mereka yang lahir sebelum merdeka,kisah berdarah Shamsiah Fakeh terjadi antara mereka.

Makcik membesar di Kulim....tidak jauh dari Baling.Bunyi tembakan senapang,bom dapat makcik dengar sendiri.Tengok helikoter membawa tubuh tubuh yang gugur pun pernah.Pernah rasa kecut bila menaiki kenderaan melalui jalan jalan sunyi berbukit bukau.Takut diserang hendap.

Dan takut bapa yang masa itu seorang homeguard tidak balik kerumah semasa operasi dalam hutan belantara.

Jadi bila kejadian di LD makcik teringat masa kecil makcik....tapi ingat ingat lupa.Adakah makcik sebesar anak kecil yang berkata:
Bapa kena bom.Bapa dalam kubur.

Alfatihah buat mereka yang terkorban.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.






4 comments:

  1. Alfatihah untuk wira2 kita...semoga tiada lagi pertumpahan darah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah.Tengok keadaan belum reda sepenuhnya...bimbang juga.Isteri ASP yang terkorban tu orang Perlis rupanya.

      Delete
  2. Tumpang bersedih dan bersimpati dengan apa yang terjadi di Lahat Datu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan makcik...sedih tgk anak kecil tu.

      Delete