Friday, March 29, 2013

37 celsius....

Sini berdehem.Sana berdehuk.Yang duduk berkokok.Yang berdiri  terkeheh keheh.Ramai makcik nampak manusia terbatuk batuk dalam klinik doktor.Really ..macam macam bunyi manusia buat semasa batuk.Ada aaaaaatishooooo.Ada giaaaaktuuuuui.

Doktor Cina sparuh baya cermat menerang sebab dan akibat penyakit yang di hidapi.
Cuaca aaaa....cuaca aaaa..ini boleh seeenang dapat saaakit.
Aku ketawa sendiri....boleh la seeenang doktor dapat duuuuit...kataku dalam hati.

Selepas urusan selesai dan bill yang mencecah 130 ringgit diberesi kami keluar.
Adoi....panas mencucuk cucuk kulit.Terasa perjalanan 50 meter dibelakang bangunan sesuatu yang terasa panjang.Bau longkang menerjah hidung.

Hmmm 37 darjah celcius la mama....kata cikten membelek iphone..Awat tak melekit rasa panas.
Huuu....apa minuman sedap ya panas panas macam ni...soalan makcik ajukan .
Hmmm sirap bandung,letak biji selasih...saran makcik
Cendul pulut bubuh tapai bawah pokok tepi bendang dekat sungai...kata cikli.

Sebentar cikli nampak goreng pisang ditepi jalan...
Jom beli goreng pisang...katanya.
Tak perlulah...kata makcik...nampak tu debu dok terbang.Entah berepa pikul dah hinggap kat pisang goreng tu..

Bila suhu menjangkau 37 darjah selsius,bukan specis manusia saja yang jadi tak ketahuan...speseis ninasandaq pun sama.
Ninasandaq lambat tengok pintu bilik air terbuka saja akan terus menerpa masuk.Leka melihat air jatuh kedalam bekas.Bilik air dia dah conquer .Orang mandi pun dia nak teman.Tak mau keluar.
Jade pula terlompat lompat macam ada sesuatu mengganggu dia.Dah tak betul kot agaknya
Dan squirrel pula tak putus asa mengetuk pintu rumah untuk masuk kedalam.Nak cari ruang berlengkar yang aman.

Squirrel...dah 37 darjah...mana ada tempat nyaman .Kata makcik beri amaran.


4 comments:

  1. Wah!
    Cikgu
    Ambil tahu depu hinggap kat goreng pisang
    Mujur bgtau...
    Selalu lupaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      gerai goreng pisang tu tepi sangat dgn jalan besar.La ni kering kontang belah utara,tu yang berdebu...tengok debu tu dok terbang ..apalah yang tak dibawanya sekali.tentu terlebih sedap kan pisang tu..hehe.

      Delete
  2. kak,kemarin dah naik 42 darjah celcius tau.panas gila tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu rasa macam nak pitam sbb panas gila.Tidoq pu atas lantai simen baru nyaman.Aircon dah lama jahanam.

      Delete