Friday, February 22, 2013

Lari.

Kenapa ya bila ujian tu datangnya bertalu talu.Lepas satu satu.
 Datangnya pula datang dari berbagai arah.Tak dapat ditepis tak dapat nak sanggah
Sedang bertungkus lumus cikli dengan masaalahnya,anak sana anak sini berselang seli talipon mengadu sama.
Ada masaalah kesihatan ,ada masaalah pekerjaan .Masaalah cinta cintun,kewangan  juga masaalah kawan...he he macam biro pengaduan awam makcik jadi.
Ha, baru makcik teringat macamana sabarnya tokton menangani masaalah anak anak suami jiran tetangga.Kami masa membesar bukanlah anak anak yang duduk diam,angguk angguk Tapi kuat memberontak,berkelahi sama sendiri entah apa yang direbut pun tak ingat lagi.Masaalah kewangan yang perit bila suami ada masa mogok kerja.Suami juga panas baran tak tentu masa.kalau pagi marah,senja pun marah sampai esok lusa.
Jiran pula suka mengadu domba...perkara kecil boleh jadi perang dunia.

Ya aku tak pernah jumpa sesabar manusia selain ibuku.

Jadi bila keluarga dilanda masaalah...aku tak gelabah.Tokton jadi contoh ...kalau ada anugerah dialah yang paling layak kalau aku jadi jurinya.

Besok makcik nak lari dari semua masaalah.Pergi ke satu tempat yang sunyi sepi.Bekal dah ready makcik masak...tunggu subuh nak bergerak...

Nasi minyak, sambal tumis ikan bilis, ubi kentang dan telor rebus jadi sajian.

Bye all.Adios.






5 comments:

  1. Replies
    1. Akak,
      Jom .Tapi kena naik bot.Kalau mabuk laut tak boleh ikut.

      Delete
  2. Assallamualaikum,
    Salam ziarah dan salam kenal,
    Semoga selamat sejahtera dalam perjalanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumsalam,
      Nadz
      Terimakasih atas kunjungan .Alhamdullilah dah selamat balik.

      Delete
  3. Amboiii macam nak merantau jauh pula. Jangan lupa balik ya Kak...

    ReplyDelete