Tuesday, February 19, 2013

Di situ aku lalu.




SKRPB ...satu antara banyak sekolah yang aku dihantar mencurah bakti....lebih baik mengaku...mencari fulusi beli berasi...haha.

Waduh...waduh..

Benaar...itu kenyataan bukan khayalan.

Setelah 36 thn mengajar,2 thn pencen ...aku menyahut cabaran mengajar kembali semasa umur hampir 60.Semasa kaki mula longgar sekeru sana sini.Semasa mata mula kelabu dan minda jadi sebu.

Maka tercatatlah sejarah dalam liku hidup ini,seorang yang sepatutnya jadi nenek ,jadi guru baru ditempat baru.Seorang yang sedikit masa lalu duduknya di saf depan...or di atas pentas didepan dewan.Jadi teraju main kungfu .

Hari itu aku pergi sebagai guru biasa yang tak punya apa apa.

Rupanya susah juga nak biasakan diri bila terbiasa birokrasi dalam organisasi.Mau rasa sedikit janggal pada mulanya.
Mula ada juga kurang senang dengan keadaan.Mereka muda muda bergurau senda mesti beza.Aku nenek mereka pria dara muda ganteng tangkas segala....jauh beza.

Maktok,nenek itu gelaran tepat buat seorang aku yang dah lanjut usia.Rasa janggal kerana aku belum ada generasi kedua...

MBMMBI,KSSR,PBS,SAP....benda baru buat telinga tua ku.Mau ambil masa untuk ku kunyah ku telan untuk dihadam.Kalau gpoh gpah mau tersekat dikerongkong alamat padam.

Lagi satu perkara baru....sikap anak anak murid cabaran besar buat ku.Tahun 1 ...ahaha..aku memang tak pernah mengajar kelas kelas itu.Walau satu jam sehari aku bersama mereka,penatnya,lelahnya macam 10  jam lari marathon dunia.

2 tahun di kawasan sawah padi ,pokok pisang,lembu dan lori kayu panjang juga simpang 4 susah lintas itu,aku mengaku kalah.Tak sanggup lagi aku berpenat lelah.Lebih lagi tahun 2013 semua akan berpindah....nun atas sana dekat awan mencelah.

Ya aku mengaku kalah.Duit,fulus aku tak endah!

Jadinya...akhirnya ....di gua batu 4 penjuru aku bertapa hingga tak tahu apa berlaku diluar sana.


tangga ke tingkat 4,rasanya jadi halangan
aaron aziz  jadi peneman.
                                   
suka duka jadi kenangan
                                      


8 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu.

    Sudah tiba waktunya untuk Cikgu berehat. :)

    p/s : kalau boleh, saya pun rasa nak pencen awal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik Nur,
      Salaam,
      Tepat sekali...hightime mamason tinggal kerja .Banyakkan bekalan yang senipis kulit bawang utk ke sana.
      Tapi kekangan al fulusi buat diri nak kerja lagi.Akhir sekali ,jatuh,patah tangan,mamason undur diri.
      Lagi pun ...tak terdaya nak bertangga ke awan sana.

      Delete
  2. Cikgu..
    Cikgu, doktor
    Mmg gantinama yg kekal dalam diri seseorg yg menjawat jawatan itu
    Kerana dari mula ia mengajar.. Jasanya kekal sampai bila2....

    ReplyDelete
  3. Akak,
    Aha,betul juga tu..
    cikgu dengan doktor jadi gantinama.Pi pasar,pi kedai ,pi mana mana orang kelui 'cikgu'.Tak pernah pula dengar ...'polis 'apa kabar? 'Kerani',sihat harini ?

    ReplyDelete
  4. Jangan dpaksa diri jika keadaan banyak menghalang. Nanti ada saja kelelahan, bimbang terantuk palang, hati duka bukan kepalang..

    Selamat berehat Cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie,
      As salaam,
      Ingat pencen boleh rehat diri dari problem
      Dia datang dgn berlari,lenggang kankung buat forem
      Dalam kepala tiap tiap hari sudah konfem.

      So,jadinya mamason rehat fizikal,tapi minda ligat lari marathon

      Delete
  5. I was struck by your forthright statement "........lebih baik mengaku...mencari fulusi beli berasi...." Starting again after 36 years of service is an unparalleled feat. My congratulations go to you. But I do not believe it was all financial. Your love, to teach, has a lot to do with it. Love to see children accepting the skill you have accumulated haas its motivating force. Semoga Tuhan berkati hidup Cikgu.

    I never was a teacher professionally. Much older than you I have found satisfaction in imparting knowledge, God's gift to me. If only you were around my area I would have sought your help. I would love to hear your honest views on the current education system. If I may ask you please allow me to email you, as open comments may not be the right things. My address is as shown on my blog profile: almanar@pd.jaring.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-manar
      Thanks for your thoughtful comments.
      After going through your blog,I believe you are a person with a great heart.Yes,I continue working because the cash could help me help my family.If not for the fractured wrist,maybe I could continue teaching for another year.
      Loving the children and seeing them bloom infront of our eyes is another factor.
      Yes,I'll be glad to know you.Will be greatly pleased.Be contacting you later.

      Delete