Wednesday, January 30, 2013

Suka hati mak.

Tak ada lagi sibuk pagi hari.Tiada lagi riuh itu ini.
Untuk 2013 ini ,makcik dah jadi boss sendiri walau kontrak kerja masih berbaki setahun lagi.Ehh pergi mati dengan cari duit yang tak pernah tahu nak berhenti.
So pagi ni,usai solat aku bebas buat apa aku suka hati.Nak tidur balik.Nak lompat kijang tak siapa peduli kerana dalam rumah sunyi sepi ni tiada siapa nak perhati.
Actually tahun ini aku masih boleh sambung kontrak mengajar kalau sudi.Tapi kata hati ....cukup sampai disini.Walau kantung sedikit tidak berisi.Tapi biaq pilah duit banyak mana pun mana pernah mencukupi tambah tambah aku yang sangat sangat pemurah ini.Orang minta bagi.Orang minta bagi.Last last sendiri tinggal gusi.
Haha makcikson awat dok mamai sorang sorang ni.
Entah .....suka hati ,itu yang pasti.
Bye .Jumpa lagi.

2 comments:

  1. Salam,

    Betullah, bila dah berumur, nak berihat dari tugasan puluh2an tahun cari duit. Duit juga sudah tidak perlu sangat utk bergaya, hanya sekadar
    ada rezeki terhidang dimeja dah syukur, ada duit sakit pening, sudah memadai.. Alhamdulillah


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Setuju yang amat.Tua tua ni makcikson hanya guna talkum powder saja.Very low maintainance gitu.
      Kain baju pun banyak yang anak anak belikan.Makan pun dah tak berapa nak laju...so cukupla buat diri sendiri.

      Delete