Saturday, June 9, 2012

Whats up Perlisian

 

Perlis….peghelih.Negeri terkecil nun diutagha.Bersempadankan Thailand dan Kedah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sememangnya aku cukup selesa berhijrah kesini ,berumahtangga disini ,berkerjaya disini.Mungkin juga bertanahkubur kat sini.

Jauh dari hiruk pikok kotaraya Kuala Lumpur.Juga kebas punggung dari point A ditimur ke point B dibarat seperti Pahang yang makmur.

Beri aku pilihan antara tanah tempat aku dilahirkan,dibesarkan,Perlis tentu jadi pilihan.

Tapi datang musim cuti…..Perlis bertukar wajah.

Malam tu kami ke Kuala Perlis untuk dinner.Berderet deret kereta diparking sepanjang jalan.Dilihat dari nombor pendaftaran…..semua negeri ada.Sepanjang jalan pantai penuh orang dari petang sampai malam.Tapi pada 6/6/12  tentu ramai yang bertempiaran bila ombak besar memunggah batu batu besar ke jalan.Dan ada rumah sampai paras pinggang dimasuki air dari berita dibaca dan video ditonton.

Hari tu,kami bertiga anak beranak ke Tesco A/S dan jakel .Biasalah orang Perlis turun kesana untuk berbelanja .Dan dalam perjalanan pulang,sepanjang jalan tak putus putus kenderaan bertali arus.Dan biasalah kalau terdapat aksi berani mati pemandu potong memotong cilok mencilok.Dan melihat dari plet kereta….hmmm patutlah .Bukan R mestinya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tenang.Tapi bila musim cuti,usah diimpi melihat pekan Kangar begini.

Dalam fb anak perlis pula terbaca,satu satunya pemandangan indah yang persis pemandangan farmland Scotland ditahun 80an akan bertukar wajah.Kabarnya ladang tebu akan bertukar menjadi ladang getah….Sayangnya.Tak sedikit pun berkurang rasa kagumku walau sepuluh kali jalan itu ku lalui.Lebih lebih lagi semasa pokok tebu masih kecil.

Bukit baju dalam….kata seseorang.Gorilla in the Mist kata kami.Berbalam dikejauhan.Janganlah nanti limestone hills sebegini dikorbankan atas nama pembangunan.

Perlis….kecil tapi mempersona.

4 comments:

  1. i can't help but feel sad for the ladang tebu to go for the sake of money:(

    ReplyDelete
  2. lady,
    me too.Sad if these were to go ...

    ReplyDelete
  3. Mamason
    I belum pernah ke Perlis.. Pendek kata northern states memang tak pernah pergi. Masa kecik2 mabuk darat so asyik kena tinggal aje tapi atas pilihan sendiri. Tak banyak negeri dlm Msia I dah pergi. Gitulah I nih cam katak dibawah tempurung. KL city area tu pun setahun tak sekali ditempuh.

    Bukit baju dalam? auwww.. interesting :-)

    ReplyDelete
  4. CS.
    Marilah.Sekali mai kat sini,tentu teringat ingat.macam saya langsung tak balik negeri.
    Bukit tu kami nampak macam belakang gorila.Tapi terbaca kat mana entah,dia orang namakan bukit teet....k.haha.So mamason cari versi yang sopan sikit..bra.

    ReplyDelete