Sunday, April 8, 2012

Dari zero

 

Memanjat 4 tingkat memang melelahkan untuk lutut seorang aku.

Mengajar kelas yang kotor,bersepah ,lintang pukang bukan pilihan aku.

So bila aku lihat bilik darjah yang kosong disebelah pagi,

aku minta permisi untuk guna saja bilik itu untuk beroperasi.


Inilah asal usul bilik bahasa Inggeris. Bilik terbiar sebelah bangunan kantin.

Masih banyak lagi nak ku rintis.

 

 

Tuuu bilik KAFA….. kata banyak suara.

Biarlah bilik apa pun.Aku nekad untuk guna juga.

Saya guna waktu pagi….depa petang.Apa masaalahnya.


 

So bilik yang satu itu,aku transform ikut suka aku.

Atur letak kerusi meja ,papan notis juga tingkap aku ubah ikut nafsu.

 

Aye ye…..at last aku tak perlu berpindah randah.

Cukup masa ,murid saja datang menjengah.

 

 

Hanya tahun satu terpaksa di jemput

Yang lain datang berlari sampai naik semput.

 

Tapi kadang kadang aku jadi lelah

Bila anak murid buat juga kerenah

 

Sampah masih ada dilantai

Anak orang kalau nak tibai

 

So jadilah aku cikgu,

Juga tukang sapu.

 

 

Anyway……biar deras peluh meleleh

Buat anak anak SKRPB,apa saja semua boleh.

Hanya kalau anak anak semua mau berusaha

Semoga usaha ku tidak sia sia.

4 comments:

  1. Replies
    1. Ciksom,
      nanti sat nak cari uniform hijau saya,balas balik tabik..sikit saja tu,ada orang lagi lip lap bilik depa.Nak buat lebih lebih,berapa bulan saja lagi nak ajar.

      Delete
  2. saya juga tabik akak.....sayang sgt rasanya kena mai ngjar sini sbb sebenarnya byk lg ilmu, pengalaman....sy nk cungkil dr mamason tau.....setakat ni sy x jumpa lg org mcm mamason dlm bidang pendidikan ni......keep in touch.....miss u....

    ReplyDelete
  3. Yani,
    sangat missing you too.That day masa kena buat action song ,really hope ada orang macam you yang berhabisan membantu.And talking about knowledge...knowledge shared is knowledge gained.But bila kena observe....hancus.So finally i buat rumusan I am worse than the newbies...

    ReplyDelete