Monday, March 26, 2012

On the road …..mencari diri

*Dah agak boleh tumbuh pucuk aku tercegat dikaunter pembayaran.Orang lain datang kemudian dia layan.Eh..budak ni.

Dik makcik dah lambat ni…tolong ya.

Dengan muka masam mencuka ,dia membereskan urusan ku.

Dengan manis muka aku bahasa: Thank you.

Tapi dik duit yang bersepah tu,simpan dulu.Kot kot ada yang teringin.

Dari tadi aku lihat pekerja pekerja itu main campak not not 50,10,1 atas kaunter.Entah entah dah 4 ,5 ratus.

hah …..anak anak ini macam tak semangat nak kerja.

 

*Huaaaaagh ….dia membuang angin dalam badannya.Eh apa aku peduli dia nak buat apa dengan diri dia.Tapi yang tak seronok tu bila dia ber huaaaaagh betul betul ditelinga aku masa berselisih dalam tandas di R&R.

hah …..makcik ni ,kenalah tahu nak bawa diri dalam publik.Nyampah benar orang yang dok cungkil gigi dan bersendawa macam dia dirumah.

 

*Dalam perjalanan itu,kereta hanya dipandu 100 km ke bawah.Maka ramailah yang dok cilok mencilok tak kira bahaya yang ternganga.Mentang mentang mereka nak merempit,nyawa orang lain yang terpalit.Eeeee geram makcik.Mana pergi sopan santun budi bahasa.Kalau nak merempit sangat pi lah satu benua yang orang tak takut mati punya.Dekat selekoh buta pun boleh potoong memotoong sampai mat saleh drebar jadi bengoong.Lepas itu dia terus cabut lari balik negeri…..IRT India .

 

Well,cerita ini belum habis lagi

*Nak jadi cerita,masa nak balik Perlis kena naik bas Duta. Tunggu punya tunggu teksi ,yang mari tak tahu jalannya.Mujur  satu tambi mahu hantar kami ke sana.

Tengah heret beg,macam vultures depa dok bertempek panggil kita.

Ipoh.Kangar.Butterworth………entah apa apa.Semua ada.

Bas dah ada.Bas  setingkat ada.Bas on the way pun keluar berita.

Makcik tak boleh orang dok asak asak.Terus jadi cuak.Pernah kena lelong dengan bas yang depa kata nak jalan sangat dah.Tapi sejam dua belum tentu boleh jalan. So ke kaunter sajalah kami beli .Buat pilihan sendiri.Kalau kena kapoor pun tanggung berdiri.

*Ingat tak jumpa lagi penjual aksi ranggi.Rupanya di R&R Bukit Gantang ada juga lagi.Boleh dia tinggal kita dok kira jual beli sebab nak kejar pelanggan lain takut lari.

 

 

Anyway…syukur alhamdullilah.Perjalanan semalam yang amat melelahkan berjaya dilalui dengan sempurna.Hari ini baru terasa badan dah jadi sayur tanpa hidrogen dan oksigen.Kepala dan minda perlu berehat dari berfikir yang berat berat.Lutut yang longgar mahu diketatkan….

kalau digagahkan,tentu pengsan……

No comments:

Post a Comment