Friday, March 23, 2012

Enter the dragon….

Dah mai dah cikgu rimau.

Cikgu dragon,cikgu singa……

Maybe those were the terms used to describe me in my younger years.

Heedless to say that I’m not that easy going teacher in my older years.Cenge tu masih berbekas especially bila anak anak didik tidak mendengar kata.Buat ikut suka.Bising sampai tak ingat dunia.

Memang teringin hati nak jadi guru  seperti yang dilihat semasa berkursus di Scotland dulu.Selalunya cikgu cikgu disana melayan murid dengan baik sekali.

……setelah hampir tiga bulan mengajar dlm tahun 2012 ini,murid tahun satu telah menunjukkan sedikit sebanyak perubahan.Tadi seorang murid yang dahulunya tak mahu belajar,telah mula mahu menulis.Walau herot petot tulisannya.Bila dipuji kembung kempis hidungnya.

Murid tahun 2 ada yang telah lancar membaca.Hafal banyak lagu dan lancar mengeja cara KSSR.Tapi yang terkial kial pun masih berbaki dua tiga.

Tapi anak anak tahun tiga ada yang buat aku pening kepala.Disuruh menulis,banyak alasan yang diberi.Disuruh membaca mulut langsung tak bersuara.Tapi bila disuruh menari….gelihati tengok mereka bergaya.

Setelah hampir 35 tahun mengajar,aku ambil pendekatan berbeza dari masa bermula:

Homework tidak ditanya pada awal masuk kelas.Buat apa hilang mood dan marah marah kalau mereka tidak buat.Habis perancangan nak ajar hari itu percuma saja.

Bila dah habis mengajar itu ini baru kerja sekolah dikumpul….

Berbeza dulu….kalau seorang tak buat ,habis satu kelas kena denda.Sekarang ni,siap aku berpesan:

Siapa nak pandai,buat lah kerja sekolah dengan baik.Cikgu tak hendak marah marah kerana:

Cikgu bukan naga!

Tapi ada masa ada ketika…….That dragon in me terkeluar juga.

6 comments:

  1. Salam mamason,

    saya takut cik gu garang2, masa darjah 2 pernah kena berdiri atas bangku sebab tak hafal sifir.
    Sampai sekarang masih ingat rupa dan nama cik gu tuhh..sebab malu punya pasal balik rumah hafal sifir dengan suara lantang2, sampai arwah mak ketawa..hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Marina,
    Cikgu saya dulu pun ada yang teramat garang.Tingkatan lima masih kena berdiri kat luar...tapi pelajaran dia saya lulus dgn baik.Ingat Mr.Rao.
    Dekat cikgu yang baik tapi tak ajar dengan betul,dia menyumbang kepada kegagalan saya dan kawan kawan saya...dia saya ingat tapi tak perlu dikenang...

    ReplyDelete
  3. Mamason
    Just call out my name shd you need extra 'bebola api'...

    :-)

    ReplyDelete
  4. CikSom,
    Andai dragon ku perlu extra bebola api ...pasti nama mu ku seru.
    Datanglah kamu bersama angin menderu
    Supaya anak muridku,baik baik selalu.....ewah.

    ReplyDelete
  5. Sama kah kita...Harap2 mereka faham bila mereka dewasa nanti, garang kita kerana kita sayangkan mereka.

    ReplyDelete
  6. Hani,
    mamason amat setuju.Kita garan bukan kerana menci tapi sayan...hehe.
    Yang berpotensi,kita cemerlangkan
    Yang tak mahu itu ini,kita motivasikan
    Kekurangan mereka tidak kita ambil kira
    Biar apa saja latarbelakang mereka
    Kejayaan mereka buat kita rasa bangga.
    ....

    ReplyDelete