Tuesday, March 13, 2012

Dirang

RIP Dirang.Alfatihah.

Menonton Ustad Don,aku tersentak bilamana ustad muda itu mengajak penonton membaca alfatihah buat adik Dirang.Kembali kamu mengadapnya satu ketentuan.

Hingga kini,sebak,duka ,marah masih membalut jiwa ini.Kenapa anak sekecil itu diperlakukan sekejam itu? Kenapa???It beats me. Couldnt even comprehend why .

Masih banyak Dirang diluar sana.Semasa melawat anak di Kondo 19 tingkat di Bandar Perda,aku terserempak dua kanak kanak lelaki leka bermain tanah diground level.Petah sunggoh mereka melayan soalan kami berdua.Aku tanya mana ibu ayah mereka. Muncung mulut mereka menunjuk kearah abang yang sibuk menyepak bola bersama teman teman sebaya.And the boys could no be more than 5 years old.

Senang hatinya makbapa budak budak ni lepas mereka bermain tanpa pengawasan.Harap abang berhingus saja.Buat abang tu leka,adik kena cekup baru depa nak melalak…..aku mengomel sendirian.Geram.

Di Aeon Bandar Perda pun aku terserempak seorang anak kecil berjalan laju tanpa orang dewasa.Ohhh…bapa leka membeli akbar kat hujung sana.

Pernah tengok ibu bapa biar saja anak naik turun eskalator tanpa pengawasan….

Hmmm,tak semua orang control freak macam mamason membesarkan anak.Still remember the rules:

….anak mesti ditunggu depan sekolah atau pusat tuition sebelum mereka keluar.

…salah seorang makan dahulu supaya dapat mengawasi anak semasa direstoran.

…jam 7 ,semua anak mesti ada dalam rumah.Siap kau kalau terlewat.Mama tunggu depan pagar rumah siap bercekak pinggang.

….pergi berhantar walau anak telah besar.Sanggup turun AS setiap minggu kerana menghantar sianak sampai jadi sindiran orang.Sanggup naik bas malam,balik bas siang hantar anak ke KL.

dan banyak lagi……LH tentu ada koleksi dalam ingatan dan kenangan.

Dan mamason memang one fierce mum!Hehe.

14 comments:

  1. AsSalam..i rasa separuh orang macam tak sayang anak..macam dah frust jaga anak.
    Bila anything terjadi, mulalah meraung macam orang crazy.
    Such parents mesti dikenakan tindakan mahkamah kerana sengaja cuai membiarkan anak yang kecil merayau seorang diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Setuju sangat.Kecuaian ibubapa adakala bawa padah.Jadi parents kena fikir sama kemungkinan kemungkinan bukan lepas bebas anak anak tanpa pengawasan.

      Delete
  2. memang.. sedih sekali dengan berita itu.. moga adik dirang tenang di sana..
    itulah..budak2 ni diorang tak panjang akal macam orang dewasa.. makanya diorang ni kena di kawal.. kalau dah lepas sesuka hati.. beginilah jadinya...
    peringatan untuk kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kella .Salam.
      Bila dengar berita ni,lemah rasa badan tiba tiba.Harap semua ibubapa ambil iktibar.Walau anak dah besar,jgnlah relax dan santai sangat .

      Delete
  3. Luruh airmata kakak malam tadi bila dapat tahu Dirang dah dibunuh dan dibakar. Tamabh sesak dihati bila si bapa pula terlibat yg kita tak tahu kesahihannya...

    Let us fierce to our children if this is the only way to ensure they are save... Kakak walau anak dah 16-13 tahun tapi kemana masih bersama lagi - org nak kata kolot pun tak apalah daripada kalau dah terjadi menangis darah pun dah tak guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,
      Salam.Kalau kita orang luar pun terasa,apatah lagi ibu Dirang.Kesian tengok dia walau pun ramai yang marah dktnya.
      Bukan hanya 16-13,selagi belum kahwin anak perempuan jadi tanggungan ibubapa.Tu yang kami berdua rasakan.

      Delete
  4. Assalam,

    Kecuaian ibu bapa masih ada, memamg ramai kanak2 bermain di padang permainan dan shopping komplex tanpa pengawasan org dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasita,
      Salam. Kat sini pun ada anak anak macam tak berumah dok tunggu cybercafe haram. Mujur dah tutup.kalau tidak setiap hari mamason jadi risau tgk anak anak tu bebas lepas.

      Delete
  5. Assalamu'alaikum Cikgu...

    Anak kedua saya akan tamat pengajian peringkat Diplomanya (InsyaAllah) Jun nanti. Tapi, saya dan suami sanggup berulang-alik ke Banting walaupun setiap minggu untuk mengambil dan menghantarnya. Bagitu juga masa dia di sekolah Teknik, setiap hari kami hantar dan ambil. Semuanya untuk keselamatan walaupun dia seorang anak lelaki.

    Begitu juga dengan anak sulung, bila dia pergi ke mana2 dengan memandu sendiri, pastinya tak putus telefon jadi penghubung.

    Apatah lagi dengan anak2 yang masih bersekolah, risau dan curiga tak pernah padam tentang keselamatan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik.Salam.
      Apa yang kakcik lalui ,sebiji macam apa yang mamason buat.Risau tak habis ttg anak.Dari mereka kecil sampai la ni.Entah bila nak habis.

      Delete
  6. di sini banyak juga kes2 kanak2 yang tak di supervise.

    perkembamgan economi hari ini memaksa majoriti parents untuk keluar bekerja demi mencari sesuap nasi.

    namun, ini tidak boleh dijadikan alasan atas kelalaian parents tadi mendidik dan 'control'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noir.Salam.
      Betul sangat.Apa apa pun,keselamatan anak harus jadi priority .

      Delete
  7. Banyak orang ingat bila mereka dah pandai berjalan, tanggung jawap mereka dah berkurang...
    Masyarakat di sini membiar kan saja anak anak mereka merayap sesuka hati..cukup time balik rumah bila senja..
    Saya selalu tengok kebanyakan rumah di sini bersih dan kemas walau pun anak nya ramai tak macam rumah saya yang selalu macam kapal pecah...sebab nya anak mereka di biar kan bermain di luar rumah...anak saya jangan harap lah nak melangkah keluar...semua nya main dalam kawasan rumah..abah nya dah siap kan segala gala nya dalam rumah agar anak anak selesa ...lain orang lain cara nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza,
      Masa dulu,rumah saya jadi tempat anak berkumpul.Siap mini library kat depan rumah.Sapa nak baca mailah.Ruang tamu jadi tempat anak anak belajar menari.Tok guru ,anak bongsu saya...
      Anak anak nak pergi mana mesti minta dulu.Kalau tak mahu mak pi ketuk rumah orang pujuk balik.Tapi 20 tahun duluuu.

      Delete