Saturday, February 4, 2012

educating them ….alahai …

 

Its week 5 of the school year.With holidays in between ever so often.

SKRPB …. a small school by term of enrolment is a flurry of activities this week.Being the venue for the netball inter school regional tournament .

Kudos to the school team although being second best .

On the teaching front…

Masuk kelas tahun satu aku dikejutkan dengan raungan seorang murid.

Ehhh kenapa ni?

Dia tak tahu nak jawab… sibuk yang lain menyampuk.Rupanya dia tak tahu nak buat kerja guru sebelum aku.

Aku pujuk dia .Baru nampak senyum dimuka.

Belum habis penat …..cikgu cigu Omaq bagi baju Amar basah kat tandas.

La dua budak lelaki yang minta izin keluar tandas rupanya main simbah simbah air kat toilet pula.Meraung lagi seorang.

Settlekan pula masaalah ini.

Ok Ok …kita mula belajar.Are you ready?

Aku memberi arahan untuk keluarkan buku BI.Tapi arahan macam tak didengar saja.Satu kumpulan asyik dengan cerita mereka. Yang dok keluarkan buku Maths,BM pun ada dengan soalan.Buku ni kah ticer?Buku ni kah ticer?

Yang buat derk pun ramai…..

KELUARKAN BUKU NI ! Suara cikgu sambil tangan memegang buku BI.Sedikit tinggi.

Selepas 30 orang bersedia….

Tiba tiba …..cikgu dia ambik pensel saya…..Dia cubit saya…..Dia …….Dia…..

 

Kenapa tak mau belajar ni?….cikgu menepuk dahi.

Kita tak baca doa lagi cikgu…. suara murid 7 tahun dihujung kelas.

Terkena aku hari tu.

3 comments: