Tuesday, January 24, 2012

Sekali seperistiwa hari raya kongsi fatt choy.

 

Tak boleh budget punya title posting ni.Saja saja aja.

Awal petang semalam@ kelmarin makcik and the available part of the family went down south.Dekat dekat aja….to bandar Perda Penang.Maka bermulalah sahibul hikayat pengembaraan kami berempat.

Alkisah tersebutlah pengalaman kami melawat pesakit sebelum waktu melawat.Dengan hati was was dan muka saedin kami memanjat tangga ke tingkat satu melawat toksaad disitu.Oiiih ada pelawat lebih awal rupanya.Rupanya ciklan adik cikli dah mendahului kami.

Sedang kami bertanya kabar tiba tiba …… satu suara menjerit

Call the doctor quick….

Kesian,seorang uncle yang sepatutnya merayakan hari rayanya berjuang dengan sakitnya.Rebah dibilik air,uncle kejang seluruh badan semasa disorang kekatil.Tak sanggup mendengar suara nya yang tersekat dikerongkong ,aku ajak cikli beredar.

Dan aku salute keluarga  itu.Semasa keadaan cemas,seluruh keluarga tenang .Doa mereka panjatkan untuk sisakit tanpa ratap tangis dan raungan.Orang kita pun ada terlihat tak terkawal emosi semasa keadaan genting begitu.

Dan salah seorang dari mereka adalah kenalan cikli.Classmate berabad dulu.Dan pesakit itu adalah abangnya dan mungkin sedikit tua saja dari kami.

Dalam perjalanan aku masih terdengardengar suara uncle yang tersekat sekat dan terbayangbayang kakinya yang kaku dan kejong.

Aduh… rasanya macam aku yang menanggungnya.Doaku : Oh tuhan lindungilah kami dari semua  itu.Berilah kami kesihatan.Amin.

Dan untuk seorang uncle dan ahli keluarganya kongsi fatt choy tentu tidak gembira buat mereka.Semoga uncle sembuh kembali.

 

Semoga perjalanan hidup kita selancar jalan dilebuhrayautaraselatan pada hari raya limau mandarin ,tarian naga dan kuih bakul…….juga hari hari mendatang.

2 comments:

  1. Cikgu..
    pengalaman saya dirawat di CCU.. yangmana pesakit bilik sebelah dan bilik yg lain..bila ada kematian..especially ahli keluarga mereka yg rapat.. (kita cerita mengenai kaum lain dari kaum melayu) mereka akan meraung dan ada yg menjerit... Ada satu ayat yg masih saya terdengar2 ialah " For God sake... please wake up...don't leave me, not yet..."
    Dan kebanyakan ahli keluarga pesakit Islam.. menerima dengan tabah sahaja.
    Mungkin yg cikgu lihat hanya kejadian satu dalam seribu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak,
      mungkin benar ini satu dalam seribu.Tapi terkesan juga lihat mereka menangani situasi itu.
      Uncle tu jatuh dalam bilik air dan semua ahli keluarga menadah tangan dan berkomat kamit membaca sesuatu semasa para medik merawat si sakit.

      Delete