Wednesday, January 18, 2012

The rumblings



 

Bila terbaca cerita strange rumbling in Samarahan terlintas satu cerita dulu dulu kala.

Cerita sang kancil makan buah rekup dan bunyinya didengari oleh sang belang.Tak cukup tanah sibelang lari kerana ingatkan sigergasi sedang makan biji mata harimau lain…..

Ternonton cerita AA dan adiknya UH…….entah bila lah dua beradik ni nak habis cerita yang tak habis habis diceritakan.

Coming to cerita adik beradik…..pesan mama pada anak anak.Cerita keluarga biar pecah diperut jangan pecah dimulut.Buruk macamana adik kakak….mereka tetap darah daging.Harap jangan ada yang senang lenang hasil jaja keburukan adik beradik.Tak senang ibu ayah dalam kubur.

Kata perumpamaan: sebusuk daging dibasuh dimakan juga….( betul ke kata kata ni….macam tak lojik saja.)

Sememangnya kasihan aku pada ibu kedua beradik itu…..

Pagi semasa dalam perjalanan ke sekolah,aku terkesima melihat suasana seperti alien invasion.Malangnya kamera kompak nikonku tak dapat menangkapnya dengan berkesan.

Add caption

Dan borang pelantikan semula guru kontrak MBMMBI baru aku terima dari JPN.Tersenyum aku seketika ditanya rahsia aku masih gagah bekerja diumur hampir senja ini.Apa rahsianya?Bukan semua boleh panjat 4 tingkat diusia 60 tahun tau!Eh tuanya aku.Memang layak pun dipanggil maktok.Malangnya cucu seorang pun belum nampak batang hidung.

Yang kelakar cikli beri jawapan to a healthy me:

Risau banyak banyak

Sedekah duit banyak banyak untuk suami dan anak anak….

Mamason…apa yang dirapukan ni…..Hmmmm just rumbling…Nothing more than rumbling.

Bye.Goodnight.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    semoga Cikgu sihat sentiasa. Saya suka tengok gambar itu.

    Tengok cerita dua beradik tu, saya rasa macam menonton drama yang telah disediakan skripnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Salam.Banyak drama lagi rasanya bila pru datang nanti.Kita tunggu dan lihat.Tapi sayang dengan anak anak yang disogok contoh entah berantah.
      Kalau diamati dari sudut tertentu...macam ada tulisan dalam gambar itu.Baru perasan tadi.

      Delete