Friday, January 6, 2012

Perjuangan diteruskan…….minggu 1.

 

Dah selamat minggu pertama sesi persekolahan 2012. Mungkin tahun in penamat usaha aku dalam pendidikan.Cukuplah sudah rasanya…..

Minggu pertama hanya 3 hari saja.Tapi sebagai permulaan,harus diberi salutation….tahniah.Tahniah kerana dapat mengajar murid tahun satu…..yang mencabar kesabaran .Tahniah juga kerana masih gagah untuk memanjat anak tangga ke tingkat 4.

SKRPB tidak mempunyai enrolmen yang besar.Muridnya hanya 168  dengan tenaga guru  >18 orang.Dan antara ibubapa yang berurusan pada hari pertama,aku terkaget dengan ibu seorang murid..Harap aku tidak bermasaalah dalam mengajar anaknya.Kadang kadang anak ok,boleh menyesuaikan diri….tapi ibubapa……

Masih terkial kial mencari trick and treats untuk anak anak tahun satu yang belum faham apa itu peraturan sekolah.Peraturan kelas belum dapat dijalankan.Tercengang sekejap bila seoramg meminta ketandas,semua meluru hendak sama.Tak dilayan takut terbasah kelas.Lagi teruk kalau ada yang terlepas keluar.

Semoga diminggu mingu hadapan ,perjalanan kelas  bertambah lancar…..

2 comments:

  1. Kiranya, jadi cikgu ni pun kena kreatif ye? nak pulak kalau mengajar darjah 1. byk cabarannya.

    ReplyDelete
  2. Kakchik@ella,
    Salam. Zaman dulu bolehlah guna tamparlogi tapi lani terpaksa kreatif utk disiplinkan murid.Cuit sikit saja berbarislah orang dtg sekolah.Silap silap jadi famous seantero negeri.
    Saya selalu salute guru thn 1...tak semua boleh jadi mereka.
    Bila kena ajar...aduh kiamat dunia sekejap.

    ReplyDelete