Tuesday, January 24, 2012

Makan lagi…

Sepanjang cuti ,selang sehari ada lah antara penghuni no.7 jadi masterchef bergilir gilir.

Hari tu ,siadik bongsu cuba skil memasak nasi lemak.Untuk seorang freshie  mencuba bakat,cikli beri lah 3 bintang.Hehe abah dah jadi juri.Bolehlah lawan makcik jual nasi lemak kat simpang jalan tuuuu.

nasi lemak

Hari kedua pula kakak pula memasak laksa.Resepi nenekma katanya.Ok boleh tahan kata cikli.Boleh lawan pakcik naik moto yang selalu berdesup berdesap meneriak:

LAK SAAAA    laksaaaaa.   LAK SAAAA aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Belum pernah cuba laksa dia kerana belum  kita panggil dia ,dia dah berdesup ke hujung jalan.

ulaman laksa


Hari ni,tulang korban masih baik bila makcik perisa isbok.So makcik renehkan tulang bersama kentang dan tomato untuk buat mee cara ikut suka aku.Bukan ikut resepi tradisonal paklong mee .Hasilnya terciptalah mee kuah yang dimakan anak beranak sepanjang hari.Boleh kembung perut dibuatnya kalau sehari bermangkuk mangkuk makcik telan.Kan makcik peminat tegar mee kuah.Kata anak sulung: Boleh tahanlah mee mama ni.Tapi dek hari raya cina,maka hilanglah ramuan ramuan yang slalu diadakan.Mana nak cari taukua ….dan lain lain nya.

Malam ni makan apa kita cikli?

Taklarat dah nak telan mee…..kata anak bongsuku.

Masaklah apa apa yang ada.Teloq mata kghebau pun sodap…..kataku.

Mana gambar mee mamason.?

Saja mamason tak letak gambar kerana takut nanti ada yang patah hati……..huhuhu.

2 comments:

  1. Salam Cikgu...

    hari ini saya masak yang goreng2 je - mihun goreng dan nasi goreng. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik,
      Kalau kena air tangan,goreng goreng pun boleh terangkat.Mak mertua lalu kat belakang pun tak kelih...kata orang.

      Delete