Monday, January 23, 2012

educating them…..rentas desa







 

I wonder .Ada tak rentas desa masa makcik sekolah dulu.Rasa rasanya tak ada masa primary.Yang makcik ingat adalah hari sukan sekolah.Nak ambil bahagian tak dapatlah sebab kemereh tapi kena beratur,berkawad ikut rumah tu adalah setiap tahun kerana dipaksa.Dan satu yang tak dapat lupa adalah terhantuk tiang bendera dalam majlis ramai ramai macam tu.Berbintang didahi dan juga dihati….malu beb.

Add caption

Khamis lepas SKRPB mengadakan acara merentas desa buat semua .Dari tahun satu hingga tahun enam.Dan mamason kena jaga bahagian pencatat.Kelam kabut juga kan nak tangkap budak ramai ramai sekali.Dan akhirnya semua berjalan lancar bila sama sama berkerjasama .Yang tiada diadakan on the spot.Yang was was diambil keputusan there and then.Semoga anak anak muda dapat pengajaran dalam kerja berpasukan dan tidak cukup peralatan atau persediaan…..yang penting kerjasama..

Add caption

  

Hampir lebih separuh murid pulang dengan kenangan.Samada medal terkalung didada atau menyumbang mata pada rumah.Tetapi dalam riuh rendah terdengar suara kecewa kerana medal masuk longkang.Sekali lagi kerjasama .Medal dapat diselamatkan dan murid itu kembali ceria.

Add caption

Anyhow…. acara merentas desa tentu akan dikenang murid SKRPB .Juga cikgu pencen yang mengoyak kertas sebagai token.hehe.


2 comments:

  1. rindu sgt2 kat skrpb......kat subang x de rentas desa......

    ReplyDelete
  2. Yani,
    Kami pun sama sama rindu pada orang orang disana.Really.
    Agaknya kalau kat sana kena rentas kota....mau jem berhari hari.

    ReplyDelete