Tuesday, January 17, 2012

Educating them…..minggu 3

 

Hmmm dah minggu ketiga rupanya persekolahan tahun 2012 ini.

Perasaan malas menguasai jiwa raga ini untuk mengadap laptop .Letih longlai menghadapi kerenah anak anak 7-9 tahun bagai mengaburkan minda untuk berkarya.Apa lagi dengan aktiviti hujung minggu yang perlu dipenuhi.

Memasuki tahun dua hari itu,selepas rehat aku mengandaikan semua murid sudah ke tandas.Rupanya mereka asyik bermain dan terlepas peluang nak ke situ.

Sedang leka mengajar dihadapan,tiba tiba murid dibelakang bersuara …..teacher, …..dah kencing.

Hari ni juga seorang murid tahun satu membasahkan seluarnya.Adoi…..

Tugas guru tahap satu bukan saja mengajar 840 minit matapelajaran yang memerlukan bercakap tak berhenti,tetapi dah jadi tukang jaga seluar dan kain murid.Hmmm kalaula diberi pembantu guru …..

Tapi lain pula dengan tahun tiga.Nun jauh ditingkat 4 perlu menapak setiap kali hendak ke kelas.Tercungap mengah seperti dikejar beruang  dan 5 minit perlu diambil untuk bernafas semula.

Beriringan topik yang diajar,aku mengusulkan murid melukis rumah mereka sendiri.Dan dari papan notis kosong menjelmalah sebuah karya hasil tangan semua murid tanpa kira pandai cerdik.Dan guru hanya sediakan jalan sebagai asas.


Add caption
 

Lepas ni kita teruskan dengan zoo,suasana dalam laut,hutan dan kalau boleh hingga ke planet zurah.Senangkan.Cikgu hanya perlu staples dan ubatnya.Prapp prapp and prapp siap satu notisboard.And mind you the scenes keep changing everyday.So does the story line.

 

*

3 comments:

  1. Salam mamason,

    Jenuh nak jaga murid tahun satu..hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Mamason
    Memang menduga kesabaran dan kekuatan tulang lutut amatlah diperlukan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marina,
      Ciksom,
      Entahlah dapat bertahan hingga akhir tahun.Lutut dan kepala....

      Delete