Thursday, January 19, 2012

Educating them ----- the a b c



 

Tahu lagu abc? Tanya cikgu.Maka semua murid dengan girang menyanyi lagu abc yang diajar sejak kindi.

Siapa tahu abc? Tanya cikgu lagi.Semua menderu laju mengangkat tangan.

Lega .Kata cikgu.

Pinggan kertas dan kad abc diedarkan. Permainan cikgu mulakan.

Tunjuk kad dekat kawan depan kamu.Kalau dia tahu kamu beri dia kad itu.Arah cikgu.

Cikgu mundar mandir meja ke meja.

Murid A menunjuk kad.Murid B menjawab.

Huruf apa tu? Murid menggeleng tak tahu.Huruf b jadi d.Huruf v jadi b.Huruf m jadi n.

Oh haru. Kepala cikgu garu.Ramai lagi rupanya murid tak tahu.

Pegang pensel pun macam pegang batang kayu.

Teringat dia kisah anak anak masa mereka kecil dulu.

Ada boleh baca laju.Tapi ada yang terkedu.

Abah ajar abc sampai mata naik layu

Memang lucu ingat masa itu.

 

Tapi kenapa ibubapa tak jadi macam  dulu…..pelajaran anak jadi nombor satu

Dari duduk duduk dekat kedai disimpang itu

Anak belajar hanya serah pada cikgu?

Dia lihat kiri kanan jalan menuju rumah malam itu

Kedai kopi masih penuh walau jam telah pukul satu.

 

Tahun lain dia tuju

Mana homework yang cikgu beri hari itu

Anak murid buat muka puyu

Saya tak tahu….saya lupa buku.

Aduh anak anak didikku

Macam mana nak jadi negara maju

Kalau pelajaran kita ambil mudah begitu.

Banguuuun. Baca buka !

Rindu cikgu pada zaman dulu

Bila cikgu piat anak,ibu bapa kata jangan buta patah bisu

Yang lain buatlah apa cikgu mahu

Supaya anak kami maju….

 

Tapi sekarang ……huhuhu……

Itulah senario sekolah sekolah zaman maju tanah airku.

No comments:

Post a Comment