Thursday, January 5, 2012

Diusik kenangan

Menonton OR ,merembes juga air hidung dan mata.Ingat dah tak sensitif bila nonton cerita rekaan ….rupanya kuat juga sentuhan dan garapan Osman Ali memainkan perasaan.

Dan OR membawa kenangan di PD berdekad dahulu.Ombak dan batu sinonim dengan kisah itu.Juga sekeping surat buat seseorang….ah ,orang kata jangan dikenang.Bukan mengenang tapi teringat saja ……





 

 

Masuk hari kedua kembali bertugas di SKRPB.Tapi masih tak nampak offer letter.Hai kemanakah dia singgah….mungkin ke Tengku Budriah agaknya.Rimas.

Ditugaskan mengajar tahun satu,dua dan tiga KSSR dan KBSR seiringan.Dua kelas dibumi dan sebuah diawangan.Tingkat 4 jauh diawan.Kalau semput meranalah badan.Tapi setakat ini mujurlah kaki tak meragam.Well,mungkin juga kerana kasut gladiator jadi pakaian.



Tahun 2012… ..

Tuhan tolong murahkan rezeki  semua mereka,

Moga dihindarkan pancaroba.

Kerna ku tak tahan melihat mereka,

tercari cari arah tujuan hidupnya……huhuhuh ( lagu OR versi baru)

4 comments:

  1. Mamason,
    Selamat kembali bertugas!!! Ingatkan dah nak pencen forever? Mama kita pun nampaknya makin busy...sabo ajelah anak-anak menderita kurang kasih sayang... purrr....meow!

    ReplyDelete
  2. CFS,
    TQ.Setahun lagi kontrak mamason disambung.Dapat juga jadi berguna utk mereka mereka yang memerlukan....juga tak sunyi sangat.Selagi kudrat masih ada.
    Anak anak mamason dah besar panjang...pandai pandailahlah cari kasih sayang.....meow.
    At present my love is for Boboi and Nina Sandaq...hehe.

    ReplyDelete