Thursday, December 1, 2011

Sinsing lengan boleh ….. selak kain jangan

 

Watching the news last night had me tunneling  back into the years and years back in JPL.Adalah lebih kurang 50 tahun yang lalu.

Bila kak jat sinting lengan dan berapi rapi tunjuk jari,mamason teringat satu keluarga di JPL.Raut wajah mereka pun lebih kurang lah dengan kak jat.

Nak jadi cerita,satu hari jiran mamason didatangi gerombolan ahli keluarga ini.

Sambil sinting lengan,seorang ahli mereka menjerit:

Hey…kak XYZ keluar lah kalau berani.Aku cabai mulut kamu dok mengata kat kami.Amboi ……amboi …diikuti sorak gempita dari ahli rombongan.

Mamason masa tu masih anak anak.Tapi ingatan tentang peristiwa peristiwa masih kuat.

Keluarga yang dicabar pun keluar dan berlakulah perang mulut  .Maka bergegak gempita lagilah jeritan,maki hamun sumpah seranah mengisi ruang .Hanya selepas di beri kata dua oleh seorang yang disegani dalam kampung itu ,barulah mereka berhenti.

Tahu apa yang dibuat salah seorang mereka: Selak kain!

Ingat keluarga kami tidak kena serangan mereka.Rupanya kisah anak anak yang bermain dan sedikit bergaduh membawa mereka menyinting lengan menyerang rumah kami.Adalah adik lelaki terbaling ranting kena anak cucu mereka. Masa itu abah tidak ada dirumah.Tapi my mother dengan kata kata yang cermat ,menenangkan mereka.Tokton manalah nak lawan lawan.

So tidaklah mereka menyelak kain sebelum beredar.

Dan mereka tidak jadi musuh kami.

Perhimpunan Agung wanita membuat makcik terkenang keluarga itu di JPL setengah kurun yang lalu.

Aduhai……..

Rupanya masih ada juga gejala begini.Tak lama dulu ,kami menyaksikan aksi begini di perumahan sebelah.Yang hairannya masih juga raut wajah mereka serupa.

Alahai.

Catatan ini ditulis bersandarkan apa yang dilihat.No prejudice …...

6 comments:

  1. Adake orang nak tengok kalau tiba2 ada yang menyelak kain di perhimpunan tu ya Cikgu?. Pasti masuk muka depan akhbar!

    ReplyDelete
  2. Kakcik,
    Bukan setakat tengok saja .Tentu kerumun nak tangkap gambar dan buat video.Boleh famous seluruh dunia.

    ReplyDelete
  3. begaduh smpai selak2 kain?
    heh......

    ReplyDelete
  4. assalam mula2 acik sampai opis ni dulu..ada yang ingatkan acik..baik2 katanya..kat opis ni ada sorang pompuan yang suka selak kain kalau marah..terkejut acik..
    punya la acik berjaga2..akhirnya terkena jugak.
    malu acik..he he

    ReplyDelete
  5. Afendi,
    Ingat dulu dulu kat estet,kampung atau semi urban saja orang dok gaduh macam tu.Sekarang dah advance...sampai masuk dewan..

    ReplyDelete
  6. Acik erna,
    kesian acik.Adalah tu silap tang mana..

    ReplyDelete