Sunday, December 11, 2011

Gerhana bulan

Gedeboooom,gedebang….boom bang

Bunyi mercun berdentum dentam diluar pagar rumah.Raya Krismas ke?Tak ada pula penganutnya di sekeliling.

Sunyi seketika.

Gedeboooooom gedebang…boom bang

Si ricci mencanak menuju kebawah meja.Telinga macam radar adanya.Matanya melilau ,mencari sesuatu.

Takut ya ….mamason bertanya.

image googled image.

Sebentar kemudian bunyi mercun memecah malam sekali lagi.Hairan mamason.Di stadium lampu tidak dipasang.Menandakan tiada apa apa upacara.

Sejenak ingatan kepada fenomena alam yang sedang berlaku terarah.

Ooooooooooooo….celebrate bulan gerhana nampaknya!Sampai kesudah makcik biarkan saja.Tak kuasa nak cari siapa punya amalan itu.Biarpilah.Ada aku kesah.

Bunyi memekak telinga sekali lagi.Makcik membuka pintu .Nak tahu juga siapa yang sedang meraikan kejadian alam ini.

Sepantas kilat ciknina sandaq meluru masuk ke dalam rumah.

Cikli yang sedang melayan Maharaja Lawak menyergah:

Ha apa jadi nina.Langit dah runtuh ka…..nina tak menjawab.Sepantas kilat dia meluru kedalam bilik.Dibawah katil dia bersembunyi. Matanya liar memandang.

Hahaha …nina takut… nina takut. Kami ketawa.

Bodoh….. itu agaknya kata nina.Kita separuh mati terkejut,depa boleh buat lawak bodoh!

Should have bought a new camera.Kalau tidak tentu cerita ini dapat ku rakamkan.Sebagai bukti!

Malam itu ciknina tidur dibawah katil ,tidak seperti malam malam yang lain.

Kesian……..

image googled

No comments:

Post a Comment