Thursday, December 22, 2011

Eating out – cerita yang tak mahu kita dengar

 

Besok mamason nak keluar dari pertapaan.Menyeberang laut ke sebuah pulau….Insyaallah.So rasanya mahu saja dihabiskan cerita dilihat dalam itv granada semalam.

The story continues:

Di sebuah restoran ini adalah seekor kucing dibiarkan mundar mandir didalamnya.Satu hari sichef ni tak nampak kucing kegemarannya.Nak jadi cerita mereka sedang masak satu pot sup yang akan dibuat stok.Pot masak tu pula adalah yang besar gedabak dan kena panjat tangga untuk lihat kedalammnya.

Cari punya cari,kucing tak berjumpa.Si chef naik tangga dan jenguk dalam pot.

Tahu apa yang dia nampak……

Kucing dah jadi bahan masakan.

Adakah mereka buang sup? Tidak? Mereka hanya buang kucing.Dan seminggu itulah stok sup diperangat untuk pelanggan restoran.

Ada juga tikus jatuh dalam batter .Hendak dibuang sayang.So jadilah lempeng hari tu berperisa kak tiiiiii. yeeeck.

Dan yang geli geliman adalah bila tandas dan septik tank bermasaalah.Overflowing sampai ke tempat masak.Mereka berhenti masak dan tutup kedai.Tidak.Maka beroperasilah restoran itu dalam keadaan yang jijik.

Seorang customer termakan sesuatu yang berbeza .Rupanya ketuat dijari chef yang tertanggal.

Pelanggan jadi raja bersiong adalah fenomena yang selalu terjadi.Dalam masterchef pun ada kan titisan darah kat pinggan.

Semua ini adalah dari rancangan yang mamason tonton malam tadi.Entah benar entah tidak.Minta minta tu dijauhilah kita dari mengalami keadaan ini.

Atau berhenti sama sekali makan kat luar…..boleh?

Tepuk dada tanya selera.

8 comments:

  1. Aduh... buat tekak kakak loya jadinya. Kakak pulak jenis makan luar selalu huhu... geli pulak.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Terima kasih singgah di blog saya.

    Baca kisah ni buat tekak saya geli geleman. Tapi tak mustahil perkara2 spt itu berlaku tanpa kita sedari semasa makan di luar.

    ReplyDelete
  3. Saya percaya org yg beragama islam tak buat macam tuh kot?

    ReplyDelete
  4. Gelinya...
    Selalunya yg nampak kotor dibahagian belakang restoren..
    Adalah restoren cina..
    Buat kita akan lebih berhati2 dlm memilih restoren...

    ReplyDelete
  5. YB,
    Salam.Sama sama.Moga moga kita terpelihara dari mengalami keadaan spt itu.

    ReplyDelete
  6. Kakzakie,
    Sama dgn saya.Makan atau beli kat luar selalu sangat.La ni kena tengok kedai juga .

    ReplyDelete
  7. MM,
    Harap harap tu begitulah adanya.

    ReplyDelete
  8. Akak,
    Dalam rancangan tu kedai matsaleh.Kedai bersih tapi perbuatan pengotor.Ada juga dia bagi clue bagaimana nak tahu kedai bersih ke tidak.Tengok dekat alas meja dia.

    ReplyDelete