Thursday, December 8, 2011

Atisshoooo.

 

Tak budget lagi hidung ni nak merembes keluar isinya.

Asssssssshemmmmmmmm.Ah-choooooooooooo.

image googled.

Tanda tanda demam selsema nak menyerang tentunya.Ku capai sehelai tisu dan ……….puas.

Cuti dah nak masuk minggu ketiga.Cuti yang tidak prodaktif.Belum ada sesuatu yang dilakukan yang signifikan.Belum lagi mengheret bagasi merentas gunung titiwangsa.Belum lagi melihat dunia disebalik dinding nombor 7.

Dan kerja kerja rumah pun belum diberesi sepenuhnya. Dahulu semasa urat dawai tulang besi belum karat,dalam cuti begini segenap inci rumah akan mendapat sentuhan tangan ini. Hanya baru 2 bilik air yang nampak bertukar warna.Dari warna suram,berkerawang,berketang kepada cahaya yang mampu bikin Tokton pun tersenyum .

Dari soksek SKRPB ,dua guru akan bertukar keluar.Guru BM dan Jqaf. Keluar masuk sekolah adalah lumrah semasa cuti sekolah.Pernah tanpa diduga mamason ditukar ke sekolah lain.Mau marah juga kerana itu.Konon orang tak mahu kita lagi.Rupanya itulah blessing in disguise buat aku.Ditempat baru,aku mendapat lebih peluang hingga dipilih menjejak kaki ke Scotland. Kalau ditempat lama ,mampu aku?Dengan segala bad working environment,tikam belakang tentu aku akan lebih terbelit dengan masaalah .Tentu lebih parah…..

So kawan kawan….andai ditukarkan,ambil itu sebagai cabaran.Never take it as the end.Ditempat baru,mula yang baru.Semoga maju.

Asssssssssshemmmmmmm.

Atissssssssssshooooooooooo.Ac-hooooooooooooooooo.

4 comments:

  1. Hai cikgu,

    March ni saya naik Perlis..nanti kita gewang gewang ya...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Ezza,
    welcome to Perlis.March...lambat lagi tu

    ReplyDelete
  3. akak,
    belum dapat berita samada 2012 kontrak dilanjutkan.buat suspens saja.

    ReplyDelete