Monday, December 12, 2011

Arah tuju ……putih atau kelabu.

 

Tiada sesuatu yang lebih bermakna untuk sekeping hati tua dari kesejahteraan anak anak.

Tiada sesuatu yang menggembirakan hati ibu itu selain kejayaan anak anak.

Itulah doa yang dipanjatkan ,setiap kali lima kali sehari.Mungkin lebih dari itu.

 

Anak anak

Tetapkan arah tuju mu.

Putih atau kelabu

Kamu yang menentu…..

 

Namun ada masa dan ketika

Dia rasa kecewa

Acuan yang diterap,kuih tidak mengikut rasa.

 

Usah jadi mat rempit atau mat lesu

Usah jadi penunggu kedai kopi ,layar komputer bisu atau cyber cafe berhantu

Kerana itu boleh buat masa depan mu tak menentu.

 

Ibu tua itu

Mengimpikan anak anak permata terbilang

Untuk dunia juga akhirat mendatang.

 

Amin.

 

Bila masa nya untuk pergi

Matanya tertutup rapat dalam sepi.

8 comments:

  1. Mengertilah anak2 bahawa sesungguhnya kesejahteraan kalian adalah hadiah yang tidak ternilai buat seorang ibu....

    ReplyDelete
  2. Kakcik,
    Amat benar sekali.Tiada hadiah lebih bernilai dari melihat anak anak sejahtera dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. Pantun nasihat yang sayu dan sedapnya..:)

    ReplyDelete
  4. mamasita,
    Bila terpandang akan kehidupan anak anak muda zaman ini,sayu,cuak bercampur baur.
    Nasihat untuk semua yang bergelar anak...anak bangsa.

    ReplyDelete
  5. Environment negara kita membuat insan bernama ibu macam kakak juga berkali-kali memberi takzikrah/nasihat buat anak-anak. Bukan saja bimbang anak salah langkah tapi takut dipersalahkan di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  6. kakzakie,
    ngeri memikirkan kewajipan tak tertunai buat anak anak.
    Sekadar memberi makanan belum tentu tugas tercapai andai santapan rohani terkapai kapai......
    tugas ibu ibu...berat sekali.

    ReplyDelete
  7. anak2 adalah segala2nya bagi seorang ibu ....

    ReplyDelete
  8. Chik Att.
    Semoga setiap anak juga punya fikiran begitu terhadap ibu.

    ReplyDelete