Monday, December 5, 2011

Ahad yang pergi

Pergi.Tidak.Pergi.Tidak.

Akhirnya ,jam 12.00 baru jadi kami berpergian ke Bandar Perda….lebih kurang 150 km away.

Terus saja kami ke Kapitan bila sampai setelah mengambil sinombor 3.Nasi kandar kita hari ini. Tapi tekak tua ini tak dapat menerima nasi yang banjir dengan kuah .Lebih lebih lagi tiada sambal belacan atau air asam.

mama ni,mana nak cari sambal kat kedai mamak.

Nasi ku tolak ketepi.Terus ke kedai dihadapan .Baju dan tudung menggamit gamit kedatangan.

Mambang mata melihat berjenis jenis tudung dan baju yang harganya ku rasa boleh tahan.Akhirnya hampir 2** melayang.

Ke Jusco pula selepas itu.Hajat hati nak membantu.So terbelilah cerek dan meja berlunjur untuk yang mahu.

Lepas itu dalam lif yang tak menunggu nak tutup pintu,laju kami menuju ke rumah yang diserang charlie dulu.

Wait……….!

Nak,kenapa biarkan rumah jadi haru biru.Tak terkata aku,melihat apa yang ada depanku.

Habis mengemas ,balik kerumah no 7 kami tuju.

Sebentar….. mama dah rindu pada seseorang yang tak dapat berjumpa pada hari raya haji dulu.So menyimpang kami ke rumah hujung jalan sebuah taman.

Tokton,here we come.Anak,menantu dan juga cucu.

Makan sudah,mandi pun sudah.Bercerita ,berlawak memang mudah bila kami berada di ini rumah.Dan sekitar 10.00 kami meneruskan perjalanan ……pulang ke no7,sebuah taman dalam Perlis Indera Kayangan.

Ahad ……satu hari kami pergi berjalan.Dan duit pun habis berkoyan koyan.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    nombor rumah kita sama.

    InsyaAllah pd 8/12 ini saya akan berada di Kuala Perlis, kemudian patah balik ke Alor Setar dan terbang balik ke KL pada 9/12. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat datang ke perlis kakcik.Harap tu tak dak hujan .

    ReplyDelete