Friday, November 11, 2011

What’s new ,education? …. sap,pkbs,dan entah apa apa lagi

 

Kalau KSSR,bersangkutan p&p ( pengajaran dan pembelajaran) menjadi wadah baru kurikulum,sistem melapor markah juga diangkat setangga lagi.

Tengah terkial kial dengan KSSR,sekitar April sistem pelaporan baru secara maya di perkenalkan.Masa 2,3 tahun dulu memang ada juga dipraktikkan,tetapi mulai tahun ini semua nya on-line sepenuhnya.

Add caption


Maka berhempas pulaslah guru guru belajar sistem baru.I’m ok.No hal to change if its for the better.Walaupun mamasonlah makhluk paling senior di sekolah tapi bolehlah berbangga dengan pencapaian setakat ini.Ewah …. angkat bakul sendiri nampak.

Tapikan ….. satu yang nak di ngomelkan.

Biarlah sistem yang nak diguna itu well established,tested and approved by SIRIM.ehe.

 

Tidaklah jadi amukan guru yang setelah bersusah payah bersengkang mata,nanti datang pula idea idea baru nak diubah itu ini dalam masa yang singkat.Ingat cikgu dok key in data sajakah? Kemana nak dihantar P&P .

Dan tidaklah kerja guru bertindan tindan.Satu data kena berborang borang nak dikey in.Tak bolehkah di capai oleh semua sekali harung.

Yang tambah haru bila seorang saja lengai,terbengakalai kerja seluruh sekolah……tension habis .Akhir tahun,bertimbun kerja nak dibereskan.So got to turn down cikli’s suggestion of going anywhere this weekend.

Cuti hanya minggu depan.Cuti ni kita jalan puas puas.Kita cuti cukup cukup.Betultak?

Lagi satu….ah tak perlulah disambung lagi.Banyak songeh pula mamason ni.Noktah.

 

Notes to parents:Just to share.

 

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :Setakat ini kurang pasti samaada boleh akses seluruhnya atau belum.Katanya yr6 dan form 1-5 saja.

1. Pergi ke laman web SAPS - http://saps.moe.gov.my. Kemudian, click di bahagian Semakan Ibu Bapa

2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.

Selamat mencuba.Semoga semua perubahan ini membawa kemajuan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment