Saturday, November 26, 2011

Tragedi SMK Air Merah….mengimbau kenangan

 

Bila terbaca tragedi berdarah diBehrang melibatkan pelajar sekolah SMK Air Merah,kenangannya langsung terbawa kezaman semasa dia masih digelar pelajar.

Masa itu sekitar tahun sebelum Malaysia.Sekitar kita baru mencapai kemerdekaan.Sebelum tragedi berdarah 13 Mei.

Dia masa itu rasanya in her primary or lower secondary school.

Semasa cuti sekolah atau cuti hari minggu,tenaga nya dikerah untuk menolong bapanya menjaja mee.Jadi dalam perjuangan mencari sesuap nasi itu membawa dia ke kawasan Air Merah,Kulim ,Kedah.

Sebuah kilang getah dikawasan itu selalu menjadi tempat bapanya berjaja.Masa itu belum ada lagi kaum pendatang memenopoli kerja kerja kilang.Dia ditugaskan menghantar makanan yang dipesan juga untuk mengutip balik pinggan yang digunakan.Masa tu mana ada bekas atau pinggan plastik pakai buang .

Masih adakah lagi kilang getah yang pernah kaki dia jejaki.Lama sunggoh dia tidak kembali ke kawasan itu.Bertahun tahun sudah hingga dia tak tahu apa perkembangan kawasan itu.

Masih ada lagikah sebuah rumah separuh batu,yang tidak pernah gagal untuk menjadi pelanggan  setiap kali mereka lalui kawasan itu.

Ingatkah lagi mereka pada anak dara tengah naik yang menolong tolak kereta mee,sepanjang jalan .Kadang muncung nya panjang andai dimarah kalau lambat buat kerja.Tapi yang pasti ….. dia amat malu dipaksa menolong menjaja.Mana ada kawan sekolah dia yang berbuat begitu.

Well…..thinking back….should be thankful to her father yang bersusah payah mencari duit untuk menyekolahkan mereka 5 beradik dizaman serba susah.Should be thankful that her pa thought her how to persevere.And persevere she did.In time of hardship,she didnt give up.Bukan macam anak anak zaman ini yang semuanya tersaji dikaki.Susah sedikit rasa macam nak mati.

Anak gadis itu adalah aku.

Ya ,aku memang membesar zaman susah.Susah sesunggohnya.

Tapi itulah yang membuat aku amat menghargai hasil keringat ku,rezeki ku.Sampai akhir waktu.Aku tak pandai membelanja wangku untuk hanya memuas nafsu……

Tapi camera olympus cikli dah rosak.Macamna nak berblogging kalau tak ada gambar.Tak ummmph.

Huishhhh…….

Semalam di Tsssco,minat terarah kepada kereta comel Hyundai .

Lagi huishhhhhh.

Notakaki:

Anak gadis penjual mee yang jadi bahan ejekan kawan dah pencen.Bersyukur dia atas segala limpah rahmat dan dugaan tuhan padanya.Yang mengejek dulu…..agaknya bagaimana ya?

4 comments:

  1. cikgu..
    satu jer yg teringat kat kepala saya...
    cikgu berilah resepi mee yang ayah cikgu jual tu...
    - saya memang pantang dengar ayat MEE..

    ReplyDelete
  2. Akak,
    Nanti christmas anak anak balik baru makcik nak masak.
    Tapi resepi dia dah bagi dalam posting lama dulu.

    ReplyDelete
  3. syahdunya kesahnya...ni kalo citer kat budak2 ni mesti leh jd inspirasi ni mamason...kan? hehehe...tu lar...betuah bdk2 zmn ni kan...tu pun x reti nk usaha sungguh2...

    ReplyDelete
  4. Sihan,
    Ada juga mamason cerita kat murid murid ttg susah payah orang dulu dulu.
    Saya baca buku atas seat basikal roda tiga.Saya menelaah sambil tunggu pelanggan....

    ReplyDelete