Sunday, November 27, 2011

terlebih makan

 

3 kenduri dalam taman ini.Semuanya kawan rakan.Semuanya sama sama terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan .Tak pergi tentu tak boleh jadi.

3 lagi kenduri saudara mara dan kawan sekolah.

Jadi berjadual dan bertimetablelah the odd couple of no.7.

Kita mula dengan jiran terdekat,lepas tu atur rumah selepas dzohor.

Kerana ingin menunaikan jemputan,rumah pertama hanya makan setengah pinggan.Simpan perut untuk rumah kemudian.

Rumah kedua lagi setengah pinggan.Rumah ketiga sanggup masuk abc saja.

Dirumah keempat yang lebihkurang 40 km jauhnya kami berjamu bihun goreng.Disini adalah rumah bapa saudara cikli.Pengantin perempuan dari Kuantan tetapi bekerja di Perlis.Disini juga kami bersaing dengan kerabat diraja Kedah yang katanya inline to the throne of Kedah.Patutlah ramai yang mencium dan tertunduk tunduk hormat.Tapi makcik yang tak tau apa apa tak buat apa apa. Tapi wajahnya macam pernah kulihat secara dekat.Dirumah bapa saudara ku.semasa nenek masih ada……tak mungkin kot.Tapi besar kemungkinannya ia mungkin.

Dan kalau ia satu kemungkinan…….

Jam dah 5.30 ptg.Kenduri ada 2 lagi yang belum dipenuhi jemputannya.Satu di Sungai Petani,satu di Perlis.

Selepas dicongak congak….terpaksa lah melepaskan.Tentu dah basuh pinggan mangkuk,dah bungkus khemah rumah kenduri itu.

Lepas maghrib,cikli merungut lapar.Mamason buka tin sardin,goreng telor dan masak nasi.

Bertambah tambah pinggan cikli makan.

4 comments:

  1. SALAM,
    KALAU BOLEH, NAK PERGI SEMUA.

    ReplyDelete
  2. Mamason,
    Kelakar pulak Cikli kita. Dah makan kenduri di empat buah rumah (nasib baik tak enam), dia masih lapar bila dah petang. Sebenarnya, masakan air tangan isteri juga yang sedap, kan Cikli? purrr...meow!

    *Salam Ma'al Hijrah untuk Mamason dan keluarga.*

    ReplyDelete
  3. LF,
    tapi tak terdaya.Jadi 4 saja yang dapat pergi.Yang 2 tu jauh lagi....Mohon maaf sajalah pada yang tertinggal.
    18/12 pun teringin nak pi.Tapi jauh benar....

    ReplyDelete
  4. CFS,
    Cikli dengan makan macam kawan karib.tak boleh dipisahkan.
    Salam Ma'al hijrah.

    ReplyDelete