Saturday, November 12, 2011

Letih

 

Semasa kecil :

                        mama mai lima kupang.nak beli cikadis.

Bila dewasa :

                      mama, transfer ya.Duit pre paid habis.Baju nak farewell dinner pun tak ada lagi.Duit  makan,duit bas ….       

                      mama, komputer lama dah rosak.Boleh iou ?

                      mama, boleh pinjam 7-8 k.nak tukar kereta.

 

Tu belum masuk lagi: mama,nak kahwin.Boleh sponsor?

Tersenyum mamason bila kawan mengeluh tentang kemelut yang melilit mereka.Masing masing masih muda belia dan anak anak pun masih kecil.Dan antara dengar dan tidak ,mamason memberi pendapat.

                     lagi letih bila anak anak dah besar panjang.Tunggulah bila masa dah sampai.

Masa anak anak kecil,masih terdaya ibubapa nak atur kehidupan mereka.Nantilah bila besar panjang.Berbagai ragam dugaan mereka tempohi.

                    Dan sebagai seorang ibu mana mampu kita memeluk tubuh sambil berkata :

                    Aku tak tahu.Jangan kacau aku!

 

Mau rasanya tangan itu berhenti memberi,

Tapi kan tangan yang  berhenti memberi,bukan tangan seorang ibu.

Letih.

6 comments:

  1. Salam mamason, kalau tak anak2 sendiri di beri bantuan siapa kah yg patut perabis kan duit kita? hehehehe
    tak per mamason memang dah ujian ibu yg berkerja gitu. Anak2 minta pun sebab dia orang tahu ibu nya berduit.

    ReplyDelete
  2. hehehehee....
    nampaknya... memang nak kena peluk tubuh bila anak mintak... tapi lepas tu kita pulak yang menanya semula... " Nak pakai berapa???".
    Mana sampai hati oooo... sebab itu jadi ibu....

    ReplyDelete
  3. Sorry and love you lots,Mom! ;)

    ReplyDelete
  4. MM,
    Salam.Banker tak pernah untung...itulah ibu.

    ReplyDelete
  5. Akak,
    Kerana tak sampai hati,kdg kdg patah hati...

    ReplyDelete
  6. Aten,
    Sorry naik lori.hehe.But kalau utk makan minum jgnlah sampai kena ikat perut.SOS aje.

    ReplyDelete