Sunday, November 27, 2011

Hijrah

 

Selamat menyambut Awal Muharram anak anak.

Tak kiralah anak anak sendiri,anak buah,anak murid anak bangsa tetapi bukan anak angsa.Angsa tak sambut tahun baru….anytime pun tahun baru bagi mereka.Katanya.

Cuba dengar angsa berbunyi:

Ang ang ang……setiap hari.Tak pernah tukar bunyi sejak azali.

 

Anak anak yang disayangi,

Puas ibu tua ini memikir mana salahnya ajaran diberi

Anak anak tak tahu siang malam atau pagi

Main game sampai tak tahu diri

 

Sayang

Anak anak muda dilalaikan bukan hanya dengan dadah,

Tapi juga dengan game yang tak ada satu faedah

Mana jati dirimu kalau semua kau ambil mudah

Kalau dah terbelenggu dengan perkara haram tak sudah.

 

Bila masa kau jaga peribadi

Tengok dirimu macam orang setengah mati

Buat kerja pun separuh hati

Kerana game game game saja kamu ingati

 

Kau tak peduli rupa parasmu

Kau tak peduli harga dirimu

Kau tak peduli adik beradik mu

Apa lagi ibu bapa mu yang sayang pada mu.

 

Anak anak muda

Hijrahlah

Tukarlah cara hidupmu

 

Game,rokok,kurang tidur,air coke

Itulah yang akan menjahanamkan kamu,

 

Nukilan ini ku tulis kerana rasa sayang anak anak ,anak buah,anak bangsa yang ku lihat terlalu leka bermain Dota

Nukilan ini ku garap kerana rasa kasih pada anak anak muda yang tak tahu apa apa

Yang ingat dunia ini hanya berputar sekeliling mereka

Yang pancaroba hidup alam maya lebih hebat dari alam nyata

 

Ayuh

Anak anak semua

Bangun lah dari mamai yang membelengu

Tekadlah,azamlah ,berubahlah untuk dunia baru

Yang menjamin hidup kamu!

Kerana ibubapa bukan ada sepanjang masa dan waktu

 

HIJRAHlah.

 

Doa ibu buat anak anak selagi nafas masih ada.

2 comments:

  1. Ameen.
    Sedap pantun nasihat ini..menghayunkan semangat berkobar2..mudah2an mereka mendengar dan mahu berhijrah sedikit minda yang melalaikan.
    Salam Ma'al Hijrah..semoga hidup kita semakin ke arah yang lebih dirahmati dan diredhai Allah SWT.

    Semoga segala dosa2 kita yang lepas2 Allah SWT ampunkan dan dosa2 yang akan datang tidaklah teruk sangat banyaknya..Ameen.

    ReplyDelete