Wednesday, November 2, 2011

Anak kecil apa tahunya…..

 

SDS

Sleep Deficiency Syndrome.

Again took the better of me.

But nonetheless,I dressed up for work and had cikli ferried me there.

 

Was in charge of invigilating the year one.So for the full hour ,got to read the test paper for them.Biasalah tu.Kalau dibiarkan mereka tanpa dipandu,nanti lagi banyak kali kena menjawab soalan .Techer….ni macam mana.Techer ni apa.Teacher itu ,teacher ini…..

When the time was up,I asked them to hand in their test papers.

Then a small,timid girl came over my table.

Teacher ….mak saya nak bercerai hari ni.Bapa saya gaduh dengan mak saya.

Ternganga dan melopong cikgu bahasa inggeris .

 

Mata yang kuyu tak cukup tidur ,terus  terbuka.

Nanti jumpa cikgu masa rehat ya.Kerana cikgu matapelajaran lain telah menunggu.

 

Waktu rehat dia datang jumpa gurunya.

Aku mengusap rambutnya dan menanya beberapa soalan.

Ah anak sebesar itu,apa dia tahu erti perceraian.

 

Exit Sleep Deficiency Syndrome

Enter Hai kalaulah terjadi kat anak cucu sendiri syndrome.Aku sedih.

Eh,mana aku ada cucu.

Patutlah dia lain benar dari anak anak murid yang lain.Ada saja perkara yang dibuatnya untuk menarik perhatian guru…

1 comment:

  1. kesian anak sekecil itu kan mamason? ptt dia seronok kalo sy sikatkan rambut dia...rupanya kurang kasih syg mak pak...aduhai..mak pak pun satu hal...jgn lah gaduh dpn anak2...adush!

    ReplyDelete