Wednesday, October 26, 2011

Masak masak makan makan.

 

Banyak benar rancangan masak memasak on tv la ni. Sampai tak tahu mana satu nak ikut. Dari 104,703,103,101 semua ada.Pilih sajalah mana suka.

Terkini minta terarah rancangan Masterchef Malaysia walau Hell Kitchen juga diminati.Nama pun hell,tentulah berapi.Banyak benar toooooooooooot.

Got to watch Masterchef Malaysia tadi.Cabaran mendebone chicken jadi taruhan. Baru tahu cam mana caranya secara pro nak membuang tulang ayam.Ada jugalah pengetahuan dari dok tengok HBO dengan cerita tak ketahuan.

Antara ramai,abang chef kopiah putih dari kelate menarik perhatian. Adake nak memperisterikan ayam.hehe.

Si pemuda penoreh getah bercita buka restoran juga hati berkenan.So far masakan nampak kreatif dan menyelerakan.Ary Malik pula awet muda tak padan usia.

So at present beside IRT on 551 ,MCM pilihan hati.Tapi Must Love Cats juga diminati.

And in one of the scenes on tv…..menitik nitik air dari atas hidung tukang masak.Eeeeow.Tentu jadi perisa makanan.Dan terbayanglah difikiran suasana panas rimas dapur restoran restoran yang kita pergi menjamu selera. ….silap silap ada perisa istimewa. Bluuuuek.

Dan aroma tengik loya longkang lepas menjamu selera di tepi pantai KP terasa menikam.Rasa nak terkeluar isi perut yang penuh sotong goreng tepung,kangkung goreng belacan.Kenapa ya dibiarkan longkang berbau sebegitu rupa?Aduhai.Rasa enak ikan bakar rasa macam terhapus dek bau itu.Cepat cepat hidung ditekup.Sesak nafas.

 

Rasanya kena pakai macam ni masa balik dari jamu selera agaknya.

Gerai no.10.Sorry besok kami tak datang lagi.

2 comments:

  1. Salam mamason, Itulah sebabnya arwah ibu tak mahu lansung makan masakkan kedai dari muda sampailah dia meninggal..
    Jika saya tapow aper2 utk dia dr kedai jenuh saya convince kata kedai tu bersih..kedai tu tak de lalat and bla bla bla..di cuma rasa sesudu dua saja.

    ReplyDelete
  2. MM,Salam
    Selalunya kita akses dulu suasana kedai utk jamu selera.Kalau bergayut sawang mungkinlah kita jauhi.Tapi kat dalam dapur entah apa la tabiat tukang masak yang tak kita ketahui.Dan bijak mak MM bila cerewet ttg makan diluar.Anak anak pun tentu membesar dgn air tangan mak.Suci dan murni.

    ReplyDelete