Thursday, October 6, 2011

Jalan liku liku






 

Kami menyelusuri jalan berliku penuh hati hati.Kan kejadian semalam masih berbekas.

Tiba tiba terdengar bunyi ngauman dibelakang.Sebiji wira seakan terbang melepasi kereta kami.
Vrrrrrrrrrrrrrrrrrooooooooooooom

Mengucap panjang makcik…. huuuuh.

Inilah jalan sepanjang lebih 10 km yang terpaksa cikli tempuhi menghantar dan mengambil mamason dari sekolah.Tinggi rendah,tiada tebing dan sempit sekali.4 kali dia kena lalu lalang jalan pintas berliku ini.Ini pun mujur dah terdiri papan tanda besar

KENDERAAN BERAT DILARANG ……..

Tapi ada juga yang buat tak mengerti bahasa dibaca.Maka cuak rasa jiwa bila berselisih dengan raksaksa trak yang tayar banyak tidak terkata.

 

Perjalanan setengah jam dari rumah….selepas jalan Long Boh.

Pagi pagi masa mentari mula menyinari

*

sawah terbentang lagi...

Pokok sentang sepanjang jalan.Besar nanti bolehlah ditebang.Buat belanja perbaiki empangan….

Sawah bendang se luas mata memandang, tapi kalau leka, mungkin jatuh longkang.


Add caption
kadang kadang dipenuhi kenderaan begini

*

Gerai makan ditepi jalan.Tak kira walau sempit buat kenderaan.Kena eksiden baru nak faham.Apa itu Kempen Keselamatan

Add caption

*

Kiri kanan pokoknya semedang,tapi tak ada satu pun gerai yang menjual pisang

sekolah RPB di waktu pagi

*

Akhirnya sampai dipintu pagar sekolah.Mulalah sehari lagi nak sudah.

Tapi kadang kadang ada juga perkara mencuit hati

Telatah anak murid adakalanya nakal sekali.

Orang lain sibuk belajar,dia busy menyolek diri……

No comments:

Post a Comment