Friday, October 28, 2011

jalan jalan pergi kerja

 

Hari hari kerja ,cikli menghantar mengambil mamason dari sekolah.Lebih kurang 30km lebih to and fro.Jadi dalam 60 km sehari hantar dan ambil.Kalau ada aktiviti petang mau jadi 120 km sehari.Kesian dia.

Selalunya seawal 7.00 kami dah bertolak dari rumah.Menyelusuri jalan jalan paling pendek untuk ke sana.Dan dalam keadaan begini kami berbual tentang perkara perkara kejadian semasa yang ringan ringan saja. No discussion on heavy topic takut spoil mood nak kerja.Sambil berbual dapat juga mata menjamu selera….kehijaun alam semesta dan juga ragam manusia.

 not the actual car

 

Dan pagi tadi…..

Zuppp,dia memotong kereta kami.Sebuah kereta tiba tiba dah ada didepan.Tak sampai bermeter  dia membelok masuk ke jalan rumahnya.Cikli bunyikan hon dan mamason memandang keluar.Nak tahulah siapa driver tu.Ehh ehh…dia pula yang dok jeling kita.

 

Si penunggang motosikal di kiri jalan.Tiba tiba dia nak kekanan. Dengan tangan bergawang dia buat arahan.Cewah….aksi seorang jagoan.

Sampai disekolah,eh eh kalau nak bersembang kenapa ditengah jalan.Buat terlanggar baru nak tahu.Ini kerenah anak anak yang perlu diberitahu selalu.Malang memang la tak berbau.Tapi hari ini bukan saja murid,keluarga murid pun dok sama buat begitu.Bila makcik lihat dia orang buat tak tahu.

 

Apa apa pun tinggal beberapa hari saja jalan ini akan di selusuri.Cuti sekolah nanti ,mamason tak perlu pergi lagi.

 

Encik driver potong orang tak menyempat,

Encik penunggang,potong jalan tak ketahuan

Encik encik gebang sembang sampai tak bertempat…..

Buat lah apa kamu suka,makcik dah tak layan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Tapi dalam kawasan sekolah memang makcik kepoh menegur sikap murid

Depa bukan cukup matang nak  tahu apa itu marabahaya.

Tak kisah makcik apa pun orang nak kata

Makcik kekwat ke,makcik kepoh ke

Bukankah itu tugas kita semua?

4 comments:

  1. cikgu
    dengar berita semalam, perlis akan tengkujuh bulan depan dengan kelebihan hujan sebanyak 40%..
    Berhati hati ya cikgu...

    ReplyDelete
  2. Minta dijauhilah banjir sekali lagi.Tak larat dah nak ubah barang sana sini...Kalau kena sekali lagi dah 3 kali tahun ni.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cik gu.
    terima kasih meninggalkan komen di blog acik.
    acik kesini..dan terus terpikat dengan cara dan bahasa tulisan cik gu..menarik

    ReplyDelete
  4. Salam acik,
    Terimakasih atas sudinya datang bertandang,
    Ke blog makcik yang kadang kadang
    entah apa-apa
    datanglah lagi.

    ReplyDelete