Monday, October 3, 2011

Bila dapur berasap

 

Balik dari SP walau hati penuh gundah,Tsssco kami singgah.

Dengan penuh terkocoh kacah,alley demi alley kami redah sebabnya kedai nak tutup sudah.

 

Maka antara bahan belian adalah termasuk ini sekelian:

Ikan kembung

Ikan cencaru

Udang

Ketam

 

Hari Ahad mamason membuka gelanggang.Bunyilah periuk belanga kentung kentang.

Hasilnya:

Masak gulai lemak ketam campur nenas ,

Sayur tumis kailan berudang

Sambal belacan campur mempelam.

Ikan goreng garing garing.

 

Hmmm cikli makan tak tengok keliling.

Saja tak letak gambar makanan dipiring

Kasihan kan anak yang duduk KL,Selangor,Penang dan Pahang teringin.

Layan sajalah gambar gambar Pertandingan Memasak SKRPB :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Budak pekan bolehkah masak memasak begini?

Bukankah bibik yang selalu diteriak begini:

Bibik,…mana makanan kami?

Tak siap lagi??

6 comments:

  1. Wah anak-anak tunjuk bakat. Best juga bila budak lelaki seseklai tunjuk bakat memasak. hehehe....

    ReplyDelete
  2. Mamason,
    Kita budak pekan tapi siap boleh kelim karipap tau!!! purrr....meow!

    ReplyDelete
  3. Cikgu..
    samalah pulak lauk kita..
    tapi part ketam masak lemak dengan nenas...
    yang lain2 tumpang baca dari menu cikgu jer....
    ### Suka tengok anak bujang teruna masak-masak..
    tetaplah nampak macho walaupun masak.. tak lenggang lenggok macam setengah2 chef lelaki....
    yang anak dara dah puas tengok kat rumah ni...

    ReplyDelete
  4. Kakzakie,
    Salam.Nampak ada juga bakat selain bakat buat bising.Tak nampak kekok mereka memasak.

    ReplyDelete
  5. CFS
    Bagus gitu.Bolehlah buat kelim mengelim enterprise.Meowww.

    ReplyDelete
  6. Akak,
    Tak nampaklah pula kelibat nak jadi chef chef lembut sbb budak budak sini tough tough nampaknya.

    ReplyDelete