Monday, October 31, 2011

Antara Kangar dan Bangkok



Ini adalah antara gambar gambar yang menarik perhatian aku untuk ku paparkan disini.

Sudah tiga kali kami berdepan dengan banjir dan katanya banjir akan datang lagi bulan hadapan.

 

picture googled

Gambar yang digoogle dari internet images.Semoga dapat menjadi pengajaran .

 

pernah naik ke mcm ni?

Tuk tuk pun telah mengalami perubahan akibat banjir.Semasa di Hadnyai,kami kesana kemari naik tuk tuk.Di Kangar tak dapat dilihat kenderaan ini.


Macam macam digunakan utk dijadikan pengangkutan semasa banjit. Tilam pun tilamlah.Tapi sampai bila tilam boleh terapung ya

picture googled

Masih berjual beli walau pun kedai dah penuh air.Kat Kangar,kalau air dah banyak tu,tutup kedailah jawabnya.

 

Mangsa mangsa banjir ditempatkan di dalam Stadium.Di penempatan mangsa banjir di Perlis,rasanya tidak ada pemandangan begini.Belum lagi stadium Kangar jadi penempatan mangsa banjir,if I’m not mistaken.

Bagaimana rasanya hidup dalam air selama 3 bulan.3 hari pun dah keluh kesah.Pengajaran buat kami.Marah benar orang Perlis kerana kena banjir berturut turut.Tapi nampaknya ada usaha dari pihak berwajib.Parit dan sungai rasanya ada perubahan yang dibuat.

Tapi yang mamason nak ngomel: Kenapa dibuat divider jalan dengan konkrit lagi.Macam mana air nak lalu.?Rumah MB selamat,rumah kami berendam air .Tak aci.

4 comments:

  1. Mereka mana ada kira aci ke tak aci. Yg penting rumah dia selamat. Kena fikirlah semula kenapa suka pilih mereka yg tak pernah fikir aci tak aci sebagai ketua...

    ReplyDelete
  2. MB di pilih oleh rakyat supaya berkhidmat pada rakyat...bukan nya jadik tuan di atas...semasa nak mengundi dia rayu kat kita, bila dah menang..kita pulak dok merayu2 kat dia..apa kes ni ...hahhaa

    tapi kan, sapa lah kita nak menahan mother nature ni kan...terima saja lah apa pemberian dia...sabar cikgu..meh mai klang ni masa cuti ni...

    ReplyDelete
  3. Cikgu...
    Mmg dapat rasakan payahnya bila banjir...
    Harap2nya akan ada penambah baikan dari pihak berkuasa, pikirlah masalah rakyat sama... Jgn pikir diri sendiri...
    Cikgu pindah BBBangi lsh mcm ni...

    ReplyDelete
  4. Kakzakie,
    Ezza,
    Akak,

    Tq. Sebenarnya perkara ni timbul bila air bertakung kat sebelah jalan saja.Sebelah jalan tak kena banjir sbb pembahagi jalan ditengah.Banjir saja orang kampung tolak pembahagi dgn bulldozer.
    Sepatutnya bila dah baiki jgnlah letak konkrit lagi.Baru sama sama dapat rasa susah payah .
    Tapi apa nak kata kan.
    Minta minta tu bila banjir lagi.air taklah bertakung berhari hari belah kami.Jeles tau tgk taman seberang sihat sejahtera.
    mm...kalau boleh pindah..mau saja.

    ReplyDelete