Saturday, September 24, 2011

Membazir tak ingat






 

Di meja sebelah mata mengerling.Amboi menimbun ketam dalam pinggan.Membukit tinggi SGT….sotong goreng tepung.Gagah perkasa ikan bakar diatas dulang.

tu diaaaa...makaaan

Mengira ngira orang orang yang mengadap hidangan.

3 dewasa dan seorang bayi.

Dimeja sebelah sana,lagi tinggi ketam membukit.Tak habis juga dimakan.Dan akhirnya lebihan dihantar kedapur untuk ditapaukan.Bila nak makan tu? Besok?

Dan ini adalah pesanan meja untuk mamason dan cikli.Seekor ikan yang sedang,terong sebiji,sayur sepiring dan 2 ekor ketam.Mulanya disuruh masak seekor sahaja.Tapi cikli kata tak cukup.

sedaaap

 

Akhirnya yang dimakan hanyalah tiga perempat bahagian.

Cik …berapa semua?

Hmmm….tok tek tok tek ……52 ringgit.

Masuk air jadilah 56.

Huh… untuk 2 orang.Hanya untuk makan malam.

 

Gerai nombor 4 tepi pantai Kuala Perlis…..betul ke kira tu……..cikli mencongak.

Agaknya berapalah dibayar oleh meja meja ketam membukit?Juga meja anak anak dara yang nyanyi happy b’day.


Jangan jangan tengah bulan…..maggi pun sodap……atau hantar SOS balik kampung.

6 comments:

  1. Kalu 3 orang makan sampai menimbun, tu dah jadi melantak namanya. Orang kata makan sambil suap Hantu Raya. hehehehehe kawan syaitan kalu membazir tuh.

    ReplyDelete
  2. Azie,
    Hantu Raya! hehe .Dia pun masih nak raya.

    ReplyDelete
  3. Mamason,
    Lagi sakit hati bila pergi buffet ramadan di hotel, ramainya yang tak ingat dunia. purrr...meow!

    ReplyDelete
  4. CFS
    Dekat buffet spread boleh tengok sikap manusia.Yang tamak haloba.Yang penting diri....ni belajar dari kucing la.
    Ada ke naik atas pinggan,tak bagi orang lain makan sama....

    ReplyDelete
  5. cikgu...
    depa membela kotnya..
    itu yang makan banyak macam tu...
    - sorry saja mengusik...

    ReplyDelete