Saturday, September 3, 2011

The eid of 2011

Selamat hari raya

Umat Islam seluruh dunia

Menyambutnya dengan gembira ?

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di SP bersama saudara

Kalau tengok semua nampak ceria

Tersenyum simpul bergurau manja

 

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bergaya mustard sedondon dipagi raya

4 beradik yang feelnya berbeza beza

Ada yang carefree,kata apa pun tak apa

Beraya,bermaafan itu yang utama

Nak bergaduh,bertekak nak buat apa?

 

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tema Hijau setahun lagi

Nak tukar kaler pokket kurang berisi

Hijau pun hijaulah mami

Itu kata anak anak kami.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Baju Raya terasa overlah pula.

Bertabur manik konon konon nak bergaya.

Bila disarung terasa sendatnya

Tak ubah macam sarung nangka

Oh ruginya .

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Si Nina pun sama nak berhari raya

Baju tak beli,tapi kasut dah ada

Selipar sebelah pun tak jadi halnya

Asal dapat beraya bersama.

 

Di BM kita berkonvoi

Penuh rumah kita berhoi hoi

Semua nampak happy senyum pun sempoi

 

SELAMAT HARI RAYA

MAAF DZAHIR BATIN DIPINTA

ANDAI PANJANG UMUR KITA

TAHUN HADAPAN KITA RAYA PULA

 

ANDAI TERKECIL HATI

SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI

BUKAN KERANA BENCI

KASIH SAYANG TAK DIJUAL BELI

LAGIKAN NYAWA BUAT PENGGANTI………

2 comments:

  1. Baju sendat? I know how you feel..I know, I know.

    ReplyDelete
  2. Hani,
    Sedihkan.Terpaksalah pakai baju lama.Mujur ada orang yang faham kesedihan itu. Thanks

    ReplyDelete