Monday, September 12, 2011

Dia memang dah mai




Yang ditakuti terjadi lagi.

Belakang rumah jalan tar dah jadi anak sungai.

Rumah rumah di line belakang ada yang dah dimasuki air.

Jalan raya Kangar PB 2 lane depan rumah pun dah sebelah jadi sungai.

 

Kami di no 7 berjaga jaga.

Anything can happen.

 

Semua kapet yang dibentang Hari Raya tempoh hari kena gulung kembali dan simpan tempat tinggi.

Habislah dekorasi ala Eric hasil titik peluh dan kreativiti mamason.Ampun!

 

Tak ada perkataan nak gambarkan resah hati penduduk Perlis yang kena banjir dah 2 kali tahun ni.Silap silap sakit hati ini boleh diterjermah dalam PRU 13 nanti.Itu kata ramai.

Banjir kat Perlis ni katanya adalah kerana kurang perancangan.Atau perancangan tinggal perancangan.Berkurun dok dengar sesuatu akan dilakukan tentang aliran air lebihan Timah Tasoh.Nak bina terowong terus laut lah.Nak dalam sungai lah.

Add caption

Sekarang ni hujan lebat sikit ,habis tenggelam.Tak larat kami rakyat marhen dok kena  banjir ni.

Ooooi apa depa buat?

Tanya rakyat yang lurus macam saya.

Add caption

Banjir tetap banjir,makan kenduri pergi juga.

Balik sekolah singgah kenduri hujung taman.Nampak air dah bergenang dalam parit dan melimpah sedikit atas jalan.

 

Mengantuk….mamason terlelap sebentar.

Bila bangun……jalan dah jadi sungai!


 

What will happen tonight?

Minta minta tu dijauhi segala yang tak diingini.Tak ingin dah nak harungi .

 

Recorded at 5.45p.m…..cikli pi mesyuarat banjir.

Update - 6:51 ….jalan besar PB Kangar depan rumah dah ditutup kepada semua lalulintas.Rumah dah ditogelkan macam ayam belanda tak ada bulu.Letih.Cikli masih pi mesyaurat…..mesyaurat banjir.huh.

Update –9.25 ….depan rumah dah ada air.Sikit lagi masuklah dia tanpa diundang.Pekan Kangar pun dengarnya dah kena.Cikli balik pukul 8.00.Risau selagi dia tak balik.Dahlah air deras kat simpang masuk rumah.

Update – 10.46…kedai kedai di Sena Indah dah dimasuki air …berita Radio.Banjir dah jadi pesta buat anak muda dok rempit dalam air.Hai tak sayang nyawa langsung.Mau masuk longkang…baru terbongkang.

Oh ya …radio di on 24 jam.Tapi semalam jam 12.00,tiada siaran lokal.Hanya klasik Nasional.Lagu pula jiwang karat sunggoh.Mau robek jiwa .Semua lagu lagu frust cinta…..kesian.

8 comments:

  1. Oh no!!!! Mamason, sedara-mara saya macam mana? Kena tinggal lagi macam kelmarin kesian pulak. purrr...meow!

    ReplyDelete
  2. CFS
    Your sedara mara dah dibenarkan masuk berlepak lepak dalam rumah.kat belakang tu air parit dah penuh.

    ReplyDelete
  3. Seksa sungguh macam ni, kena berkemas simpan supaya barang2 tak rosak..

    ReplyDelete
  4. MM,
    Penat pun belum habis berdekorasi,berlelah untuk Raya.Hari ni kena bungkus pula .Tak larat rasanya macam ni .3 kali dalam tempoh dekat dekat.

    ReplyDelete
  5. Cikgu..
    baru tengok di berita pukul 8 tadi... kiranya payah jugaklah jika bila2 air akan membanjiri rumah kita...
    semuga rumah cikgu tidak kena banjir kali ini...
    Insya'Allah...

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya baik baik sahaja, dan bersabarlah.

    Kawan saya yg ada rumah kampung dan ibu di Arau, dah meraung. Rumah sudah kena banjir!

    ReplyDelete
  7. Akak,
    harap harap tu begitulah sehingga pagi.Takut juga kalau tengah tengah tidor tiba tiba melampung saja.
    Air dah ada kat depan pintu rumah.Dan air dari hulu masih dok turun.Risau.

    ReplyDelete
  8. Azie,
    Kami pun sama rasa nak meraung.Tapi harap tu tak jadilah.Malu kat jiran...

    ReplyDelete