Tuesday, September 13, 2011

Cerita Banjir 2011….September







Betul ramalan makcik….

 


googled

 

Tempoh hari bila lalu Empangan Timah Tasoh via Kangar Pdg Besar road,makcik terkomen tentang paras airnya.

Nampak sangat paras air macam bersatu dengan hujung langit.Begitulah banyaknya air dalam empangan tu.Tak nampak daratan seperti hari hari biasa.

Eh ni kalau hujan turun,mau banjir kita…..ramal si ahli nujum.

Eh you ni jangan dok sebutlah ….snubbed the other.

Dan bila hujan turun maha lebatnya sehari dua lepas itu,ramalan tok nujum menjadi kenyataan.

Ada kata 4.Ada kata 6 pintu empangan dibuka untuk alirkan air berlebihan.


Add caption

 googled

 

Dan apa yang terjadi,terjadilah sudah.

Dan untuk kali ini ,suara suara geram dan marah rakyat Perlis terdengar sana sini.

Dalam mesyuarat, memorandum,papadum semua di muntahkan..

 

Nak buat terowong

Nak lebar sungai

Nak itu,nak ini.

 

Dan berita radio terbaru,MB  bagi tau,duit peruntukan untuk naik taraf empangan masih belum dapat.PM Najib tolonglah kami rakyat Perlis yang masih memberi sokongan.Yang tidak berpaling macam negeri negeri lain.Itu suara hati kami rakyat yang 3 kali kena banjir dalam 10 bulan.

Its no fun. Sebab banjir kerana air empangan dilepaskan!


Add caption

Mujur air tidak masuk dalam rumah kali  bila buka pintu belakang,air masih bergenang.Kesian mereka.Tentu air paras lutut dalam rumah mereka seperti biasa.Penduduk Taman Koperasi lagi tersiksa.

Pagi tadi,susup sasap cikli bawa ciktam meranduk air banjir celah celah rumah orang dan celah bangunan kedai Taman Sena.Agak dalam air disimpang jalan.Mujur lulus.Dan selepas kelas habis,susup sasap pula balik ke rumah.

Ini bulan 9.Bulan 12 ? Hai segan nak fikir.

Mendung, beraraklah pergi. .

No comments:

Post a Comment