Saturday, September 24, 2011

Anak rusa nani 2




 

Mengajar tahun 2 tak jauh bezanya dari mengajar tahun 1.Itu rumusanku.Orang lain entahla.They have not shed their year 1 behaviors and attitudes….most of the boys I mean.

Leka sikit guru memberi tumpuan….ha jangan terkejut.Macam macam cara mereka reka untuk bermain.

Minggu ni kapal terbang.Habis buku tulis jadi korban.

Minggu lain….pemadam jadi buruan.Ha akan bertimbunlah pemadam pemadam dibeli walau perut nanti meragam.

Tak salah kalau dikatakan,kelas paling aktif antara kelas yang mamason ajar.Jenuh fikir mana tak kena .Mana peraturan yang boleh jalan.

Mereka suka kalau diajar dengan nyanyian,dengan cerita dan dengan pergerakan.Cepat pula mereka menangkap.

Add caption

Tolong menolong antara kawan,kau tak tahu aku ajarkan.Aku tak tahu….hmmmm..teacher leterkan.

Add caption

Bersantai dilantai , susah benar soalan gitu.Habis kepala kami garu walau tidak ada pun kutu…..

Hope by next year,they would improve.

Kerana antara mereka,ada permata ,ada kaca . Masing masing ada harganya.Kalau kita mengilapnya.

 

Anak anak,belajar rajin rajin….kata ku.

Teacher we’re just year TWO!

No comments:

Post a Comment