Sunday, August 14, 2011

Corat coret Ramadhan: tukang

Pulang dari Tssssssco tempoh hari mamason mencuit cikli sambil membaca notis terpampang:

KERJA KOSONG:

TUKANG JAHIT DIPERLUKAN.

MESTI PANDAI MENJAHIT

TEL: XXXXXXXXXXXXXXX.

 

Hmmmm nanti ada pula :

KERJA KOSONG:

TUKANG MASAK DIPERLUKAN

MESTI PANDAI MEMASAK

TEL : …………………..

 

Kalau tukang jahit mestilah pandai jahit,kalau tidak tak dipanggil tukang.Agak agak lah ada juga kot tukang jahit tak kenal jarum dan benang.

Entahlah.Tapi tukang masak tak kenal garam ,asam memang banyak musim puasa ni.

Ada ke.

Yelah. Hari tu kami berbuka puasa dengan masakan yang terasa payau….macam air dalam guri.( eh manalah anak muda kenal guri)

Cikli dengan rasa penuh kasihan telah membeli dari seorang peniaga PARAM yang duduk termenung seorang diri. Pembeli hanya tinjau tinjau tetapi berlalu pergi.Itu yang buat cikli bermurah hati .

Dan bila azan berkumandang,cikli dan mamason hanya terpandang pandang

Akan makanan dalam pinggan.

Cikli……ni kat mana you beli?

Tawaq,hebiaq macam ayaq dalam qughi!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tapi masakan ni gurantee cukup rasa :

garam,asam,seadanya.

tukang masak yang bukan tukang ,masak dengan penuh kasih dihatinya.Ehhh eeh siapakah itu.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

tukang masak dikedai ini pula selalu bertukar,

hari dulu makan hingga menjilat jari

kenapa besoknya tak luak pun makanan di saji

 

Apa apa pun masak sendiri ………makan sendiri……..puji sendiri……kutuk pun sendiri.

8 comments:

  1. hahahahaha...
    masak sendiri... makan sendiri.. sendawa pun sendiri...
    Alhamdulillah....!!!

    ReplyDelete
  2. Betul tu Makcik. Masak sendiri juga sedap, wpun guna ayaq dalam guri, tapi kita masak dengan kasih sayang. Gerenti sedap.

    Lama aih tak basuh kaki guna ayaq guri. :)

    Ramadhan: Tidak Berbeza Tapi Sentiasa Istimewa...

    ReplyDelete
  3. Hi, even though my bahasa is out of tune, I really enjoyed your lively sense of humour, this posting.
    Love that fish dish too.
    Selamat berpuasa, have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  4. Mamason,
    Betullah. Kalau tak pandai masak, tak payahlah nak meniaga makanan, kan? Kesian kat orang yang beli...duit payah nak cari sekarang ni. Itu belum kena lauk yang basi.... Percaya tak? Belumpun sekali kami ke bazram tahun ini! purrrr *giggles*

    ReplyDelete
  5. Akak,
    Benar sekali.Masak sendiri.Alhamdullilah.Belum lagilah fail.Asyik bertambah.

    ReplyDelete
  6. Azie,
    Agaknya dalam tangan ibu tu ada seasoning dan perasa kut.Dah tau nak agak asam garam bila masak.Hanya sekali sekala kelaut.
    Tapi bila nak jual,tak bolehlah ada error kan .Kan.

    ReplyDelete
  7. Uncle Lee,
    Rasa happy when you drop by.
    Visiting this blog of mine across oceans thereby.
    Salam kat auntie ya.
    Teringin nak ke sana.
    tapi apakan daya
    Duit tak ada.

    Love reading your blog too.

    ReplyDelete
  8. CFS,
    Bazram.Aha new word.
    Evilkan orang yang jual makanan basi.
    Eee nak kaya pun jangan lah jadi
    Pembawa sengsara orang yang beli
    kalau ada yang sakit dan mati
    Tentu naya tak terperi...Grrrrrr

    ReplyDelete