Monday, August 29, 2011

Corat coret Ramadhan- last kopek

 

Semalam,dalam hujan lebat gila,makcik dichauffer dalam cikteh budak Pahang.Ke mana ye?JJCM?

Oh no.Tapi menuju Tssssssco kat AS kerana stok sebulan dah kering kontang.Dan untuk jamu anak anak yang pulang.

Kalau selalunya cikli peneman tapi kali ni adalah ekspedisi all girls out.Cikli kena tinggal jaga rumah.

Alamak…ramainya orang.Yang tua,yang bertongkat,yang berdukung,yang bersendeng semua ada.Miskin kaya tetap bergembira.Menderma sukarela buat Tssssco yang sedia kaya.

Lepas tunjuk itu,ambil ini,tunjuk ini ambil itu dan setroli penuh barang yang betul betul perlu dan yang entah bila perlu  dan bila masa membayar mata naik juling kerana duit keluar berkeping keping waktu berbuka pun tiba.Ayamas kami tuju untuk jamu selera.

Tujuan nak beli ayam tak tercapai kerana tidak ada apa yang tinggai.Katanya selori ayam dah kena tibai.

Dan yang terbeli adalah kapet dan bunga untuk menambah seri.Juga baju  kurung koten buat tokton disayangi.

Bila dihitung dicampur ,barulah mamason rasa berbaur baur.Antara suka ,gembira dan sedih .Kerana duit dibawa dah tinggal pitih.

 

Ayoyo……

kita raya walau macamana.

Sederhana ,bergaya

Tak jadi halnya

Jangan sampai tergadai golok periuk belanga

Barulah, baru tengah bulan tidor ternganga!

Dengar pintu diketuk,cepat cepat terjun tangga.

Hahahaha.

 

Mamason tak apalah,dia kaya!

Baru sangat dia dapat cek berbunga bunga

Nak tahu berapa?

Nanti dia cerita esok lusa.

Lagi besar dia nak ketawa.

HAHAHA.

3 comments:

  1. Salam mamason, fulermak...shopping last kopek, tuh yg best..siap beli hampar dan bunga lagi nak dpt seri Hari Raya..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Cikgu...

    Selamat Hari Raya. Syukur ada rezeki untuk dibelanjakan. :)

    ReplyDelete
  3. Nani.kakcik
    Selamat belated hari Raya.
    beraya tanpa shopping macam makan nasi tak berlauk kan.

    ReplyDelete