Sunday, August 21, 2011

corat coret Ramadhan – demam.

 

Third week….banyak kerja nak dibuat. Cuci rumah,tukar langsir dan bermacam lagi kerja rencam menjelang hari raya nanti.

Dan orang yang disayangi belum kami kunjungi.Janji nak berbuka bersama pun belum ditepati.

Ingat tu minggu inilah nak dilakukan semua itu.

Tapi apakan daya ….demam lah pula.

 

Kalau sebelumnya kerja kerja menurun,mendobi langsir tahun lalu makcik dah jalankan.Tapi sekarang pandang rail langsir macam tinggi melangit.Kaki rasa gayat nak panjat.Tangan rasa kebas nak bermain air bersih itu ini.

 

Perit rasa tekak.Macam ada ranting kayu dok tersekat kat situ.Badan rasa semacam.Dan air dari lohong hidung tak tertahan.

Makcik dah agak dah akan demam begini.Kerana hari itu makcik mendamping seorang murid.Berkongsi membaca @ shared reading.

Sroooooooooooot

Srettttttttttttttttttttttt.

Dia mengh*** us.

 

Habis perancangan hujung minggu ini.

8 comments:

  1. Adoi! Cikgu tak kuat antibody ye? Mama kata ambiklah pil vit B dan C. purrrrr *giggles*

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    JAGA KESIHATAN ! RAYA TU PERKARA KEDUA !

    ReplyDelete
  3. Cikgu...
    macamana cikgu nak raya ni?
    tapi saya doakan agar shret shrot cikgu akan hilang sebelum anak bulan syawal kelihatan.
    Saya pun sejak 2 minggu lepas asyik demam, baik..demam baik... harap2 sebaik takbir raya, semua itu hilang...

    ReplyDelete
  4. CFS
    Rasanya betul macam kata mama CFS. Mamason memang tak ambil apa apa vitamin. Tu yang senang dapat selsema.Nanti kena jumpa doktorlah kalau tak sembuh.Boleh suruh doc kasi vitamin sekali.

    ReplyDelete
  5. LF
    Bila dah lebih setengah abad,banyaklah tuning kena buat sana sini.Dekat sekolah,ramai anak murid yang sakit demam...dan cikgu pula tak pakai pendinding.Itu yang senang nak jangkit.Walau kita berhati hati.Pantang itu ini.
    Sebab tu ada kata sekolah adalah tempat paling senang penyakit berjangkit.

    ReplyDelete
  6. Akak,
    Kesiankan.Dahlah tinggal berdua saja dirumah.Tu pun sama sama dah tak larat.
    harap harap tu baiklah selsema dan demam ni segera.

    ReplyDelete
  7. salam cikgu
    don't work too hard lah. jaga kesihatan, antibody kita sememangnya makin menurun.

    rest well.

    ReplyDelete
  8. Noir,
    Betul tu.I need all the rest .Tapi manakan dapat nak cari bibik masa ni.Semua balik negera sendiri.

    ReplyDelete