Hmm ,raya nak dekat dah.Tapi baju raya sehelai pun belum ada.
So after school,mamason and cikli meneroka jalan yang belum pernah dilalui ke pekan Jitra untuk beli baju sehelai dua.
Cari punya cari punya cari ,kedai yang setiap raya dikunjungi tidak ada.Bertukar menjadi kedai emaslah pula.Ehhh,depa pi mana?
Makcik tanya pada seseorang disana.
Dah pindah….dah tutup kedai…..kata mereka.
As mission was still unaccomplished ,we moved on to AS pula
Ke Pacific Mall kami berdua.Tertinjau tinjau kesini sana.
Ooooo ramainya orang dok berniaga…..barulah terasa lega.
Dah puas menyelusuri dari gerai ke gerai.Banyak baju digaya tapi tak di try.
Apa ke he ni…..baju nya muat,tapi pinggangnya aduh …jauh berbeza.Laksana kerengga dengan badak beraya.
Kaki dah longlai,dek banyak mengembara
Tapi satu pun tak berbeli adanya
Tingkat 4 menggamit mata
Maka naiklah kami kesana dengan eskalata
Horaaaay …..Di Gula T kami berjumpa
Baju yang pinggangnya ngam ngam dengan hamba.
Apa lagi,tak fikir lama
Mamason pun sambar sepasang saja
Kerana ongkosnya ,hmmmm tak boleh hura.
Anak anak,
Lihatlah baju mama dan papa serta adinda kekanda
Rasanya tak ngam dengan tema
Sbb mama tak kenal apa itu colour mustard dan matte adanya………..
motif bunga raya... |
Dah beli ke tudung yang grey warnanya,
Yang sesuai dengan baju bonda?
Beg,kasut dah ada
Tapi yang Oz dan Bandung datangnya. Bolehlahkan walaupun dah lama.
Heheehe ,itulah saja penglipurlara
Tentang persiapan baju raya
Ayah dan mama berdua
Juga paen seorang sepasang saja.
Kesian kan kat kami bertiga?
Meriah warna baju raya Cikgu. :)
ReplyDeleteMamason,
ReplyDeleteJadi meoww senang, tak payah pakai baju. Teeheehee! purrrrr *giggles*
Mamason
ReplyDeleteKita lum beli baju raya lagi... Takde saiz, huwaaaa......
Kakcik,
ReplyDeleteItu belum tabur labuci.Nanti lagi tambah seri.Ewah.
Kat sini,sana sini berbling bling.Buat mamason pun teringin.Duit pun melayang berkeping keping.
CFS,
ReplyDeleteAsk your mummy for accessories.Baru tambah lawa lagi berseri.Nak raya ni,semua insan serta hai wan mesti bergaya.Tak gitu ke Angelina?....Jade bertanya.
Ciksom,
ReplyDeleteHanya Di Gula T saja yang baju saiz L pinggang nya bolehlah tahan. Brand lain dia orang ingat pembeli berpotongan RCW agaknya. Pinggang alahai.
Kesian ciksom.Tapi mesti dah tempahkan.Esok esok tu siaplah.
wahhh motif bunga raya nampak.sambut merdeka ke mama?ahhaha
ReplyDeleteps :tudung raya belum beli, tunggu ye ptg ni nak kuar cari
Lady,
ReplyDeletewarganegara setia.Sambil raya merdeka tak lupa.Merdeka.....tapi beli tudung cantik cantik tau.Ariani ke,Fareeda ke....ehehe
wah! merah merah gitu. haha!
ReplyDeletecolour mustard dan matte<-- hehehe!
Izzy,
ReplyDeleteMerah tapi very subdued.
Makcik baru tahu ...rupanya mustard selepas google
Dah siap baju raya ke?
Hope everything well in your practical.Take care