Wednesday, August 17, 2011

Corat coret Ramadhan- baju raya

 

Hmm ,raya nak dekat dah.Tapi baju raya sehelai pun belum ada.

So after school,mamason and cikli meneroka jalan yang belum pernah dilalui ke pekan Jitra untuk beli baju sehelai dua.

Cari punya cari punya cari ,kedai yang setiap raya dikunjungi tidak ada.Bertukar menjadi kedai emaslah pula.Ehhh,depa pi mana?

Makcik tanya pada seseorang disana.

Dah pindah….dah tutup kedai…..kata mereka.

 

As mission was still unaccomplished ,we moved on to AS pula

Ke Pacific Mall kami berdua.Tertinjau tinjau kesini sana.

 

Ooooo ramainya orang dok berniaga…..barulah terasa lega.

Dah puas menyelusuri dari gerai ke gerai.Banyak baju digaya tapi tak di try.

Apa ke he ni…..baju nya muat,tapi pinggangnya aduh …jauh berbeza.Laksana kerengga dengan badak beraya.

 

Kaki dah longlai,dek banyak mengembara

Tapi satu pun tak berbeli adanya

Tingkat 4 menggamit mata

Maka naiklah kami kesana dengan eskalata

 

Horaaaay …..Di Gula T kami berjumpa

Baju yang pinggangnya ngam ngam dengan hamba.

Apa lagi,tak fikir lama

Mamason pun sambar sepasang saja

Kerana ongkosnya ,hmmmm tak boleh hura.

 

Anak anak,

Lihatlah baju mama dan papa serta adinda kekanda

Rasanya tak ngam dengan tema

Sbb mama tak kenal apa itu colour mustard dan matte adanya………..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Dah beli ke tudung yang grey warnanya,

Yang sesuai dengan baju bonda?

Beg,kasut dah ada

Tapi yang Oz dan Bandung datangnya. Bolehlahkan walaupun dah lama.

 

Heheehe ,itulah saja penglipurlara

Tentang persiapan baju raya

Ayah dan mama berdua

Juga paen seorang sepasang saja.

Kesian kan kat kami bertiga?

10 comments:

  1. Meriah warna baju raya Cikgu. :)

    ReplyDelete
  2. Mamason,
    Jadi meoww senang, tak payah pakai baju. Teeheehee! purrrrr *giggles*

    ReplyDelete
  3. Mamason
    Kita lum beli baju raya lagi... Takde saiz, huwaaaa......

    ReplyDelete
  4. Kakcik,
    Itu belum tabur labuci.Nanti lagi tambah seri.Ewah.
    Kat sini,sana sini berbling bling.Buat mamason pun teringin.Duit pun melayang berkeping keping.

    ReplyDelete
  5. CFS,
    Ask your mummy for accessories.Baru tambah lawa lagi berseri.Nak raya ni,semua insan serta hai wan mesti bergaya.Tak gitu ke Angelina?....Jade bertanya.

    ReplyDelete
  6. Ciksom,
    Hanya Di Gula T saja yang baju saiz L pinggang nya bolehlah tahan. Brand lain dia orang ingat pembeli berpotongan RCW agaknya. Pinggang alahai.
    Kesian ciksom.Tapi mesti dah tempahkan.Esok esok tu siaplah.

    ReplyDelete
  7. wahhh motif bunga raya nampak.sambut merdeka ke mama?ahhaha
    ps :tudung raya belum beli, tunggu ye ptg ni nak kuar cari

    ReplyDelete
  8. Lady,
    warganegara setia.Sambil raya merdeka tak lupa.Merdeka.....tapi beli tudung cantik cantik tau.Ariani ke,Fareeda ke....ehehe

    ReplyDelete
  9. wah! merah merah gitu. haha!
    colour mustard dan matte<-- hehehe!

    ReplyDelete
  10. Izzy,
    Merah tapi very subdued.
    Makcik baru tahu ...rupanya mustard selepas google
    Dah siap baju raya ke?
    Hope everything well in your practical.Take care

    ReplyDelete